
Saya ucapkan takziah dan rasa sedih serta kehilangan di atas kembalinya arwah Yasmin Ahmad ke rahmatullah.
Arwah Yasmin Ahmad saya lihat dari sudut kaca mata saya,adalah sebagai seorang pengarah yang bukan semata-mata berbakat, tetapi beliau adalah seorang pengkarya yang dapat melihat dan mengintepretasi sesuatu dari sudut pandang yang berbeza. Kreativiti penceritaan, kejujuran dan keikhlasan beliau dalam berkarya jelas dapat kita lihat dari hasil pembikinan filem-filem beliau dan yang saya pasti ramai tidak akan lupa, adalah iklan-iklan yang diarah oleh beliau terutamanya di musim-musim perayaan.
Meletakkan diri saya sebagai seorang penonton biasa dan sebagai ahli masyarakat, memang setiap kali menjelang musim perayaan terutamanya hari raya, merdeka, deepavali, raya cina... saya teruja menantikan apakah iklan yang akan dihasilkan oleh beliau dan team produksi. "Apalah pulak cerita dalam iklan Yasmin Ahmad kali ini...??"
Sudah pasti seorang yang seperti beliau menjadi suatu kehilangan yang sangat besar kepada industri ini, dan juga negara kerana inspirasi serta semangat perpaduan yang sentiasa diterapkan dalam karya beliau.
Bagi saya, berita beliau diserang strok, koma dan meninggal dunia agak memeranjatkan dan lebih tepat sekali secara peribadi di dalam diri saya suatu perasaan yang amat terasa kehilangannya.Semua karya yg beliau cipta ada mesej2 disebalik cerita itu.
Apa-apa pun, dengan rendah hati juga saya berpesan yang bahawa arwah telah kembali ke rahmatullah, jadi biarlah cerita yang baik yang elok serta doa yang kita panjang-panjangkan. Sebarang kisah yang tak perlu kita panjangkan, kita biarkan berlalu dan tak perlu dibicara. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang, maha adil dan maha mengetahui.. Hanya allah yang berhak terhadap segalanya.
Ajal maut di tangan tuhan.. dan kepadaNYA kita akan kembali jua.. semoga kita semua terus mendoakan arwah dan menghadiahkan Al-Fatihah khusus untuk beliau... Amin...
No comments:
Post a Comment