Biler lelaki berkata,wanita itu lemah..
Biler wanita berkata,mereka adalah lembut..
Antara lemah dan lembut banyak perbezaan yer...
Namun ada yg tidak rela mengakuinya..
Telah ditakdirkan..kerana lembut wanita..
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa..
Lalu wanita pun diam..
Diam seolah olah menerima..
Dalam diam,wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam,wanita terus terusan bekerja..
Di pejabat...di rumah sebagai suri..
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari..
Hingga jarum jam tegak bertindih jari..
Lelaki yg mengaku kuat..celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat..di kerusi malas longlai terlentang
Isteri di katakan lemah.bergelut di dapur memasak
Suami yg mengaku gagah..bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasai wanita menguruskan anak2
Menyapu sampah,mengemas rumah yg berselerak
Lelaki keletihan memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah..terus berlumba dgn masa
Memandikan anak,melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon2 yg mulai layu
Sebelum solat Maghrib utk sujud..menyembah yg satu
Makanan dihidangkn selepas solat
Selesai kerja rumah,anak2 di ajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa di uji
Dalam diam semua tugas rumah dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati..ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar di sediakan
Lelaki yg hanyut dlm keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus di nikmati
Dalam diam,wanita yg sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
"Kekayaan yg paling kaya ialah akal
Kemiskinan yg paling besar ialah jahil
Keburukan yg paling hodoh ialah sesat"
Tak perlu mencari teman secantik "BALQIS"
Jika diri tk seindah "SULAIMAN"
Mengapa mengharap teman setampan "YUSUF"
Jika kasih tak tertulus "ZULAIKA"
Tak perlu diri menjadi seteguh "IBRAHIM"
Jika tak sekuat "SARAH"
Mengapa didamba teman hidup seistimewa "KHADIJAH"
Jika diri tak sesempurna RASULLAH s.a.w.
Tak guna ada "MATA" kalau tak dapat "MELIHAT"
Tak guna ada "HATI" kalau tak tau "MENILAI"
No comments:
Post a Comment