24 August 2009

Cinta sehidup semati tu karut..??(aku setuju..)

Luvly Diaries...sebenarnya biler aku lihat paparan keluarga org lain tentang betapa "bahagia"nya kehidupan mereka,aku sering tertanya betulkah mereka benar2 bahagia atau cuma sebahagian drpd drama cekerama jer..ekeke...(serius..seruis..)

Myb aku agak paranoid tp "kehidupan yg sgt bahagia" tu mungkin tk berkesan di hati dan jiwa aku..Aku takut terluka maka kerana itu aku sentiasa berhati2..Bersikap terlalu berhati2 dan paranoid dgn org lain tk baik kn...Tp nk wat camner..tu la skarang sikap aku..aku lebih selesa begini...

Kesan drpd keruntuhan perkahwinan aku..membuatkan aku menjd begitu.. Perkahwinan yg tidak kekal hingga ke akhir hayat seperti yg di harapkn..tp sampai biler2 terasa pedih yer..Hampir setahun berlalu perpisahan berlaku..(ayat skema tu..!!nie la akibat yer terlampau membaca novel..ekeke)

Menyaksikan pengorbanan dan jasa si isteri tidak dhargai oleh seorang suami..Menyaksikan duit dan org ketiga menjd punca keruntuhan rumahtangga bukanlah sesuatu yg semua org bleh jangka..Bermacam perasaan berbaur dan sudah tentu semuanya sgt mencabar emosi..

Namun semua itu tidak patut dijadikan alasan utk tidak hidup lebih bermakna..Perkara buruk yg berlaku pastinya buat kiter lebih kuat dan bersemangat utk teruskan kehidupan..Setiap yg berlaku pasti ader hikmaknya..

Pengalaman pahit sedikit sebanyak mengajar aku erti ketabahan,kekuatan dan kesabaran...


No comments:

Post a Comment