Namun,Kota Kinabalu or KK yang menjadi pintu utamanya turut menjanjikan percutian santai dgn tarikan alam semula jadinya..Malah kebanyakkan drpd nya terletak tidak jauh dari pusat bandar terutama dorang yg kaki selam scuba..
Tempoh paling menarik utk mengunjungi adalah sekitar pertengahan Mei apabila Tadau Kaamatan disambut penduduk Kadazan Dusun..Inilah masanya utk melihat tradisi bobohizan atau bomoh wanita dan persembahan tarian utk memuja semangat padi..
Penduduk seramai 2 juta org terbahagi kepada 30 etnik yg bertutur dlm 80 dialek tempatan.Kepelbagaian budayanya turut merangkumi masyarakat Bajau Laut dan Komuniti Filipina yg datang dari pulau paling selatan negara itu.Ini dpt dilihat jika singgah di Pasar Filipina yg terkenal dengan deretan gerai menjual mutiara Sabah bersebelahan pasar ikan.
Sabah memiliki kelebihan berbanding negeri jiran apabila memiliki pesisiran pantai melebihi 1,000 kilometer (km) bersempadan Laut China Selatan,Laut Sulu dan Laut Sulawesi.Warganya prihatin dgn kebersihan yg boleh dilihat di pantai dan kompleks membeli belah yg bebas sampah
Pantai Tanjung Aru,kira kira 6 km dr lapangan terbang menjd tumpuan dgn kemudahan taman rekreasi dan keenakan makanan lautnya sejak 1960 an..Pantai sepanjang 2 km ini meliputi 3 bahagian menganjur ke kawasan berhampiran Shangri La Hotel Tanjung Aru Resort.
Setiap pagi dan petang pantai di jadikan lokasi aktiviti sukan seperti berjongging,menunggang kuda dan bola pantai n sumtimes di pilih sebagai lokasi latihan dan perlumbaan perahu anjuran Persatuan Kapal Layar Sabah.
Manakala,Anjung Selera sentiasa sesak dgn kunjungan warga tempatan yg mahu menikmati makanan laut segar,sate,makanan claypot atau sekadar bersantai sambil menghisap shisya dgn di buai bayu Laut China Selatan..
Perjalanan ke pinggir KK melalui jalan persisir pantai pd waktu malam menjanjikan pengalaman menarik..apabila melewati pelabuhan,Masjid Bandaraya,Menara Tun Mustapa yg turut memiliki tarikan restoran berputar di tingkat atas dengan pemandangan Teluk Likas.
Kalo di pusat bandar jangan luper singgah di pasar kraftangan atau pasar setiap Ahad,Gaya Street utk mendapatkan cenderamata etnik,buah2an dan produk makanan laut serta kerepek perusahaan kampung atau diimport dari negara jiran.
Kawasan ini berdekatan dgn Waterfront (aku suker tmpt nie..!!) yg meriah dengan deretan restoran,kafe dan pusat hiburan (kalo korang nk clubbing kt sini ler tmpt yer..ekeke)..Selain itu zon sama padat dgn kompleks beli belah termasuk Centre Point,Wisma Merdeka,Warisan Square,Plaza Wawasan,Kompleks Asia City,City Mall,KK Plaza n 1Borneo..
Tidak jauh dari situ,Jesselton Point menjadi pintu masuk ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman.Hanya 20 minit perjalanan bot,pengunjung bleh menikmati keindahan 5 pulau Manukan,Mamutik,Gaya,Sapi dan Sulug yg diwartakn sebagai taman laut pd 1974..
PERHATIAN...!!!
Aku nk pegi karambunai island ngan semporna...!!!saper nk bwk aku..???huhuhu
No comments:
Post a Comment