Sebelum nie kelihatan cukup bahagia sedangkan di dasar perkahwinan sebenarnya bergelora..
Penceraian antara aku dgn bekas suami aku sejak september tahun lepas..siapa yg penah menyangka kegembiraan dan kebahagiaan yg terpancar di luaran itu adalah lakonan semata2 dlm usaha utk memperbaiki kekhilafan diri masing2..
Sememangnya aku cukup tabah menghadapi dugaan hidup..Aku harungi rintangan bersamanya..tapi dia tidak pernah menghargai pengorbananku..Kehadiran org ketiga mematahkan lg semangat aku..Aku curiga namun dalam hati masih ada sedikit kepercayaan..Bekas suami aku terjebak..!!Dia berterus terang..berkawan telah menjadi berkasih..Hancur luluh kepercayaan yg aku pegang selama ini..Aku memaksa bekas suami ku berjanji..hanya itu jalan yg aku nampak..berpegang pd janji itu aku tidak putus meminta di beri petunjuk kalau bekas suami memungkiri janji itu..biarlah kalau kebenaran menyakitkan..Aku rela..Aku rela berdepan dgn hakikat yg pahit itu...
Kebenaran itu terserlah..!!Dier memungkiri janji tuk kali 2..Aku senyum dlm tangisan...tiada aper yg aku tinggal utk aku pegang..janji seorang suami telah dikhianati..!Bagaimana aku boleh percaya yg bekas suamiku tidak akan melanggar janji..??Arrghh..aku dan kebodohanku..Jgn kau kata bahwa cintamu hanya untukku..kerana kini kau telah membahagikannya.. Mungkin aku terlalu lembut dan tk pernah bertegas dengannya..Aku mengaku yg aku juga ader kelemahan..Aku bukan nabi yg amat sempurna..setiap manusia mesti ader kelemahannya...takder satu pun yg "PERFECT"..
Aku ingin berjuang..tetapi tidak pasti apa yg ingin di perjuangkn..kebebasan atau hak seorang isteri..?Perlukah aku berusaha minta di leraikan daripada ikatan yg memberi derita..??Atau perlukah aku bertegas mempertahankan yg pernah memberi aku bahagia..??Tuhan,cekalkan hatiku..bimbing aku tuk menempuh jalan yg berliku ini..
Akhirnya aku temui jalan untuk harus ku tinggalkan dirimu.....walau di dalam hati masih ada cinta..aku terpaksa jika ini memang yg terbaik utk diriku dan dirinya..akan aku terima semua demi cintaku dan tk ada guna kalau di teruskan..dan tak ada makna perkahwinan bg aku...tak ada lagi yang boleh aku lakukan tanpamu..aku hanya boleh mengatakan apa yg aku rasa...Aku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu ke atas diriku..kerna hati aku selalu kau lukai..walau hati ini terus menangis menahan kesakitan ini..kau dua kan cinta ini..kau pergi bersamanya..Aku melepaskan kepergian dirimu dari sisi hidupku..harus selalu kau tahu akulah hati yang selalu kau sakiti...Akhirnya juga harus aku relakan kehilangan cinta sejati ku..segalanya yg kuberikan dan juga kekuranganku..Biarlah aku teruskan hidup seperti ini dengan anak2..takdir hidup harus begini..ada" kau dan dia" bukanku yang mahu..aku tk mampu menghalang qada dan qadar..sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan byk ranjau..memerlukan kesabaran yg penuh utk tetap aku berdiri..namun berat beban hidup aku..biarkan saja..sepanjang aku boleh atasi semua..aku tetap diam..hanya aku yg tahu..
Biarpun pd awal penceraian airmata sering jadi peneman setia..biarpun senyum hadir di hari ku..namun ini hanya ada di bibir saja..kini semuanya sudah berubah..tidak ada gunanya untuk aku kenang apa yg dh berlaku kerana apa yg penting masa depan aku dan anak2 sekarang..Aku perlu teruskan hidup dan aku bersyukur kerana mempunyai family yg tak pernah lelah menyokong aku dlm apa jua keadaan..
Perempuan yang teraniaya akan bangkit,berdikari,mencipta bahagia sendiri...Kerana mereka tahu hanya dengan cara itu mereka mampu tegak berdiri...Bermaruah diri..itu yg membezakan antara perempuan yg tk bermaruah dan perempuan teraniaya..Aku masih berpegang dan masih percaya hidup ini adil.."what goes around comes around".. kalau tk di dunia..pasti di akhirat kelak..!
Kerana itu jugalah aku tak mahu lagi memikirkan kisah lama yg sudah menjadi satu sejarah dalam diari hidup aku..aku tidak mahu membebankan fikiran berhubung soal jodoh dan pengganti..pada aku,bila sampai waktunya barulah aku fikir tentang perkara itu..buat masa nie aku mencintai diri dan anak2 aku terlebih dahulu..
Setiap yang berlaku ade hikmahnye,Allah tue maha besar vyda,kite da berusaha n buat yang terBAIK,jika Allah xrestui..adela sebab musababnye tue..Jgn berhenti memohon petunjuk padaNya..ameeennn
ReplyDelete