13 October 2009

~Bagaimana Merawat Kekecewaan Hati~

Luvly Diaries..Patah hati atau kekecewaan adalah satu pengalaman duka yang pasti pernah dilalui oleh semua orang...Bagi mereka yg positif patah hati atau kekecewaan itu hanya merupakan sebaris lagu yg biasa didengar ataupun bab dalam sebuah buku cerita yang mereka bacer..Benarkah ada dalam kamus hidup kiter "kecewa" atau "patah hati..??" Bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan atau berakhirnya sebuah perhubungan,tidak ader perkataan yang dapat menggambarkan kedukaan,kesakitan dan kepedihan dialami..

Cinta sememangnya kejam,umpama pedang yang mempunyai dua mata..Tidak ader kegembiraan dan kebahagiaan dpt menandingi cinta sejati, tetapi apabila segalanyabertukar menjadi sebaliknya..kepedihan dan kesakitan yg dirasakan ibarat pisau membelah hati kiter..Sukar melelapkan mata...apalagi menyentuh makanan..terasa dunia sudah sampai ke penghujungnya..Seolah2 dunia telah terhenti..

Yakinlah bahawa setinggi manapun gunung kekecewaan itu,selaut manapun dalamnya kessedihan itu,anda mampu mengatasinya..!!Banyak orang telah melalui kesedihan dan kekecewaan..dan mampu mengatasinya..

Jadi,bagaimana mengatasi kekecewaan atau patah hati..?

1. Terimalah hakikat bahawa segalanya telah berakhir..!!
Sebanyak manapun rayuan atau pujukan yg kiter lakukan tidak akan membuatkan si dia merasa simpati terhadap anda..jadi apa yang anda lakukan hanyalah menanggung perpisahan itu dan menambahkan risiko anda untuk lebih merasa kecewa di kemudian hari..Oleh itu cubalah untuk teruskan sajer hidup anda tanpa si dia..!!
Cuba fokus tujuan hidup anda..Dapatkan kestabilan emosi..Jumpa kawan2 atau hubungi adik badik yg rapat dengan anda sekadar berbual kosong..Itu lebih baik drpd membiarkan masa anda dipenuhi dengan melayan perasaan sedih..Buang segala apa yg bleh mengingatkan anda kepada sidia..termasukhadiah pemberiannya kerana ini akan membuatkan anda lebih cpt melupakan sidia..!!

2. Usah menaruh harapan.
Menunggu panggilan telefon atau sms hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati anda..Usah percaya apabila sidia berjanji akan menghubungi anda kerana itu biasanya hanya mainan kata2..Usah menyeksa diri sendri..Usah mencari sebab mengapa hubungan itu berakhir kerana ianya akan menyakitkan hati anda sendiri apabila mengetahui sebabnya..Biarkan sajer berlalu...

Sibukkan diri dan jangan mengurung diri di dalam bilik..cuba berbual dgn kawan2 tetapi elakkan daripada menyentuh masalah anda..Anda akan merasa lega apabila tidak memikirkan kesedihan anda...

Jangan bersendirian...Cuba cari kenalan baru..

Menangislah walaupun anda seorang lelaki..jangan malu utk menangis..Kadangkala emosi orang yang kecewa itu seperti roler coaster..Ada masanya itu tidak dapat dibendung lagi..Cuba cari tempat yg sesuai dan menangislah sepuas hati anda..Anda akan merasa lega selepas itu..

Ingatlah,walau sebesar maner manapun kesedihan anda..anda pasti dapat melaluinya..dan seorang kawan ada berkata biar Tuhan sajer yg menentukan kehidupan kiter sebagaimana yg Dia kehendaki..





2 comments:

  1. sejak bile dear i ni jadi doctor lurve ni?tp ade bgsnye tip2 u ni dear..setiap tip2 ni ade maknenye yang tersendir,keep going vyda..

    ReplyDelete
  2. sejak di dlm perut ibuku lagi..ekeke

    ReplyDelete