15 November 2010

:: Ada Apa Dengan Putus Cinta ::

Luvly Diaries...

Sabar dan redha dengan ketentuannya..Yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...Kita adalah insan yang terpilih melalui ujian ini...Itu yang selalu aku cakap pada diri bila diri dilanda ujian di dalam rumahtangga yang menyakitkan dulu...Anggaplah semua yang terjadi itu pengajaran yang sangat beerti dalam hidup kita..Yang telah terjadi tetap telah terjadi...Hadapilah dengan tenang jiwa dan redha dengan ketentuannya adalah kunci utama kekuatan...

Ramai yang bertanya padaku..macam mana nak hadapi kalau putus cinta yang menyedihkan..Tu baru putus cinta..apa ada dengan putus cinta..??lainlah bercerai macam mana aku lalui...Macam mana aku kembali pulih seperti biasa...Jangan rasa hidup ini terlalu malang kerana putus cinta atau pun kegagalan dalam rumahtangga...

Insyallah kesedihan itu akan hilang berlalu bersama waktu...

Mula-mula putus cinta memang kita terasa pedih..Itu sebenarnya normal..Aku juga pernah lalui fasa tersebut...Rasakan kesedihan itu sepuasnya..Kalau nak menangis, menangis semahunya..Tapi menangis sepuasnya hanya untuk hari itu dan katakan pada diri sendiri aku hanya mahu menangis pada hari ini...Aku tak mahu menangis lagi dikemudian hari kerana cinta...

Jika benar cinta itu sudah terputus dan tidak mungkin kembali anggaplah itu ketentuannya...Anggap itu sudah suratan takdir dan jadikan kesilapan dan kelemahan yang telah berlaku dalam hubungan itu sebagai satu pengajaran yang membuatkan kita lebih matang untuk relationship yang akan datang...

Sentiasa maafkan diri dan maafkan diri insan yang telah melukakan hati kita itu...Sebab selagi kita tak maafkan diri dia kita seolah olah berdendam..Sebut nama kita bahawa kita memaafkan apa yang berlaku dan sebut namanya bahawa kita memaafkannya dirinya...Sebab bagi aku bila kita tiada dendam proses pemulihan jiwa kita lebih cepat dan kita lebih tenang dan mudah melupakan apa yang terjadi..

Walau sebesar mana pun salah si dia anggaplah itu bukan permintaan dirinya..Mungkin dia juga tidak mahu perkara itu terjadi..Anggap yang terjadi itu diluar kawalan kewarasan fikiran dia...Kasihankan dia kerana telah membuat keputusan atau tindakan yang tidak tepat yang akhirnya melukakan hati..Maafkan dirinya...Itu yang terbaik..Selepas itu sehabis mungkin lupakan dirinya...Anggaplah itu semua hanya satu kenangan...

Sekali sekala tidak salah jika teringat kenangan itu..Tapi tanamkan hati itu semua adalah sejarah kenangan kita yang manis...Jangan sekali kali menyimpan dendam..Anggaplah yang terjadi itu seperti tiada apa...Walau sejahat atau teruknya dia...Sekurang kurangnya dia pernah hadir menceriakan hidup kita...Membuatkan kita merasai apa itu kasih sayang dan erti cinta..

Dekatkan diri dengan Allah..Allah maha mengetahui dan Allah maha penyayang...Allah menyayangi diri kita sebab tu dia uji kita...Allah tahu kita kuat hadapi ujian ini sebab tu dia duga kita...

Fikirkan kembali...Selama kita hidup adakah ini yang terlalu mencabar..??Fikirkan masalah-masalah lain yang penah kita lalui...Bandingkan dan katakan bahawa seolah olah apa sangatlah putus cinta ini dibandingkan dengan masalah lain yang penah kita hadapi..Adakah kerana seorang lelaki kita sampai jadi terlalu down..Banyak lagi yang perlu difikirkan lagi...

Katakan pada diri apalah sangat putus cinta ini dibandingkan dengan masalah lain yang pernah kita lalui..Insyallah kita semakin kuat dan kuat...Sedih itu perasaan yang normal...Lalui fasa kesedihan itu tetapi jangan terlalu lama..Bersabar kerana kegembiraan dan kemanisan pasti ada untuk kita dihujung sana....




No comments:

Post a Comment