22 November 2010

:: Cantik itu Penting..?? ::

Luvly Diaries...

Semenjak dua menjak di dada akhbar, berita bercerita tentang makin ramai orang bercerai..Nak di kata kan hari-hari...Salah satunya yang menarik perhatian aku ialah " Ramai Orang Bercerai kerana isteri sudah tidak cantik.." What the hell is that..???!!! Dah tak cantik pun kena cerai gak..aduhaii..tak tau la lelaki nie nak apa...

Lelaki merasakan isteri yang dinikahi tidak cantik seperti dulu dan mahu berpisah..Haiihh..Lelaki..Lelaki...Ko sebelum nikah bukan main lagi ko nak kat pompuan kan..Lepas ko nikah ...Ko main lepas jer camtu...tak paham lelaki nie apa yang dorang nak pun aku tak tau..Tak bersyukur apa yang ada...

Aku rasa betapa sempitnya pemikiran lelaki macam nie...Sepatutnya andalah perlu menolong isteri menjadi cantik...Ini tak..lagi condemn kan adalah...Kalau si suami menolong insyallah dia akan menjadi cantik..cantik budi bahasa dan cantik penampilan...Rupa paras itu kejadian Tuhan..Salah kita menafikan kejadian Tuhan..

Aku pun terasa dengan lelaki macam nie..Bila time cantik kau nak...Bila rasa sudah tak cantik atau jumpa yang lebih cantik..hati cepat jer berubah..Tak ke mana cantik tu..Dah tua nanti kerepot jugak..Masa nie semua yang dilihat pada perempuan itu hanya kesalahan..kelemahan..Segala sharing bagai,susah bersama,kebaikan, hilang sekelip mata...

Bagi wanita yang pada mata lelaki itu tidak cantik..Biarkanlah dia...apapun yang dibuat..diusaha pasti tidak kena di mata dia..kerana mata dia dipenuhi cantik yang lain...Walaupun kecewa dan teringat-teringat bagaimana harungi kesusahan bersama..pengorbanan yang dilakukan dulu..kena teruskan juga hidup baru...Insyallah jika benar-benar ikhlas akan ada replacement yang lebih baik...

Nie aku amik dari buku...Ahli psikologi cakap;

"Kita akan sakit jiwa jika mengharapkan terima kasih dari orang yang
kita berbuat baik"

Jadi berbuat baiklah dengan ikhlas...tak perlu mengungkit dan biar orang cakap apa sajer...

Jika dengan Tuhan pun manusia tidak bersyukur..bagaimana mahu berterima kasih pada orang lain dan menghargainya...

Biar tidak cantik pada mata manusia..mudah mudahan cantik pada pandangan DIA kan..Insyallah ada insan lain yang nampak cantik nanti...

Nie adalah antara lelaki-lelaki sejati...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar...tetapi dari kasih sayangnya pada orang sekitarnya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang..tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya..tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja..tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan..tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang..tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja..tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan...tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan..

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinya membaca kitab suci..tetapi dari consistent nya dia menjalankan apa yang ia baca...

Mudah mudahan semua lelaki impikan untuk jadi lelaki sejati seperti ini..Insyallah perempuan pun akan ikut sama jadi perempuan sejati kerana terpimpin dengan lelaki sejati...










No comments:

Post a Comment