12 November 2010

Luvly Diaries...

Orang berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan,lemah lembut ketika mengalunkan bicara,mengambil berat dan mempunyai jiwan yang sarat dengan kasih sayang...

Wajah lembut bersinar bak bidadari serta riak keibuan mampu membuatkan kaum Adam berasa tenteram..Tidak kira sama ada ketika sedang mengalami tekanan, cemas dan gelisah wajah mereka tetap mampu menenangkan hati...Apatah lagi saat bermanja sesiapa sahaja pasti senang hati..

Kata orang lagi antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai...Seseorang itu akan memahami perasaaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana kasih sayang itu dilahirkan..Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami, malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya..Wanita adalah pendorong semangat...

Kata orang, di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijaksana dan berjiwa besar...Lelaki lazimnya memerlukan seseorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya..Secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan daripada insan bergelar wanita...Tanpa wanita sebagai sumber penggerak mungkin mereka terus alpa dan hilang punca untuk meniti perjalanan yang penuh beronak liku...

Kata orang, kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan yang sebenar..Segala perwatakan manis yang ditonjolkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup..Oleh itu, lebih baik mengahwini insan yang belum dikenali hati budinya..Sekurang kurangnya kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepura-puraan itu..Kita akan lebih realistik...

Kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap-sikap hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta..Kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat...

Memang perkahwinan itu satu perjudian..Antara baik dan buruk, manis dan pahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan...Lebih-lebih lagi,insan yang akan memimpin tangan kita adalah asing bagi kita...Tetapi siapa tahu rahmat yang TUHAN telah janjikan kepada setiap hambanya..TUHAN tidak akan menganiaya hambanya yang pasrah dan redha pada takdir...

Mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tiada tolok bandingannya...Malah tiada siapa yang tahu dan yakin bahawa kekasih yang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang...

Mungking ketika melayari cinta,mereka tampak prihatin dan berbudi pekerti, mana tahu setiap saat yang berlalu pergi menjadikan mereka lelaki yang alpa dan ganas..Tiada siapa tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala dan jiwanya....

No comments:

Post a Comment