27 December 2010

:: Adakah dengan kata-kata sahaja..?? ::

Luvly Diaries...

Kadang-kadang bukan senang untuk membuat diri seseorang begitu bermakna dalam hidup tambahan lagi sekiranya kita perlu untuk menunjukkan inisiatif dan sentiasa mengulang ungkapan bahawa kita perlu menyayangi seseorang sebegitu mendalam sehingga kita rasa sebak dan terluka di hujung hati..Terluka bukan kerana kita saangat terluka kerana dilukai atau dikasari hati,tetapi terluka dari sudut..kita merasa sedikit derita kerana berjauhan atau terlalu menyayangi orang yang kita sayangi...

Kalau dengan kata-kata saja boleh membuatkan kita rasa dihargai dan bermakna..mungkin itu akan didatangi bersama bukti kukuh betapa kita terlalu bermakna dan bernilai dalam hidup orang yang menyayangi kita..Dan kalau sudah kita mengetahui betapa kita bernilai dalam hidupnya, sudah pasti kita sebak dan tidak mahu merasa kehilangan orang yang sangat-sangat menghargai kita..Mungkin akan menjadi sesalan seumur hidup sekiranya kehilangan dia..

Dan juga mungkin kita akan mula menanam ikrar bahawa tidak mahu lagi hilang deria ini..Deria merasa disayangi dan menyayangi ..deria merasa dicintai ..deria merasa dirindui dan merindui ..deria merasa dikasihi dan mengasihi dan segala macam deria yang boleh membuatkan kita dikatakan sebagai seorang berperasaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT..
Mungkin agak biasa kalau kita katakan, " You are so precious to me".. Kalaulah ada perkataan lain untuk di tukarkan perkataan "precious" itu dan menyamai maksud sama maka ianya pasti memberi maksud tertentu kepada orang yang mendengarnya..

Kalau diantara kamu yang membaca dan merasa ragu-ragu apa maksud yang aku cuba sampaikan hari ini..tepuk dada..tanya hati..Sejauh manakah nilai insan yang kamu sayangi dan setinggi manakah kamu meletakkan sanjungan kamu terhadap insan yang kamu cintai...Kalau sudah mungkin kamu tahu betapa dia amat berharga bagi kamu..sudah tentu kamu pun akan mula mencipta perkataan baru..supaya ia hanya membawa erti yang difahami oleh kamu dan dia...

Setiap laluan ada pengertian..Kalau bukan ditakdirkan suatu ketika dulu...mungkin ianya ditakdirkan untuk suatu ketika akan datang..Tiada daya upaya melainkan hanya dengan kekuasaan Allah SWT...


notakakitangan : untuk seorang yg masih bernama kawan..get well soon..!


4 comments:

  1. Ko get well soon kat saper tu beb??

    ReplyDelete
  2. kan aku tulis kat situ "seorang yg masih bernama kwn"...eh..sat2..saper ko..??haahahha

    ReplyDelete
  3. Haaahaaaha.. Ye lar. Takkan xde nama kawan ko yang masih tu?? Aku? Aku peminat ko larr!!! Haha! Aku pelik jer naper ko letak MASIH kawan. Kalau kawan tu kawan jer larrr. Naper nak masih masih plak. Sian kawan ko tu. Lagi tenat nanti biler dia bacer!!! Hahahaa.

    ReplyDelete
  4. terima kasihlah jd peminat aku..ader ker aku nie peminat...?haha..saper dier..??biarlah rahsia...ko tk perlu tau..naper ko jeles erk sbb ko peminat aku..hahaha..tk pyh lah nak jeles2 beb..tk faedah pun..thanks erk jd stalker aku gak..n thank you very much coz rajin sgt ko bacer blog aku nie...ahaks..!!

    ReplyDelete