Luvly Diaries...
Tersangatlah busy yer aku arini dan semalam...Keje semalam tak abih-abih lagi..uhuk...Key in data yang zaman tok kadok pun kena buat...Dah juling mata aku nie dok tengok nombor jer...Eh..jap-jap biler masa pulak aku bahagian account pulak nie...Untuk pengetahuan..skarang nie semua keje aku yang buat...Dari order minyak..admin..account segala-galanya lah...adeesss...Nak update blog pun tak sempat ...nie pun tengah rest kejap...PENATSSS..!!Kalaulah ada pekerja contoh...akulah salah satu calon-calonnya..ahaks...Tapi takper juga kan..nanti kalau aku berhenti keje..semua exprience aku ada....hahahahahahha..
Susah erk jadi ibu tunggal nie..Apa yang kita buat semua salah di mata orang...tu belum lagi yang betul-betul buat salah...lagilah orang mengata...Yang tak buat apa-apa pun dok mengata...Tiada siapa yang ingin menjadi ibu tunggal..Ya,persoalan sama sering ditanya..Hinakah seseorang ibu tunggal tu..? Sehingga ada yang memandang serong..Pernahkah anda sendiri mempunyai adik, kakak atau ibu yang berstatus ibu tunggal..? Adakah anda sanggup untuk menyakiti hati mereka..? Adakah anda juga beranggapan mereka itu hina..? Adakah seorang ibu tunggal tu "BITCHES"..??
Walaupun keluar di malam hari mencari rezeki yang halal orang tetap mengata...Yerla,hidup seorang dengan anak-anak...mestilah bekerja keras tak kira siang atau pun malam..Kehidupan sudah berlainan...kena mencari rezeki seorang diri...
Jika kita lihat sekeliling kita,kadang-kadang kita tak sedar yang didepan kita adalah seorang ibu tunggal kerana reaksi, kelakuan, pakaian dan tuturkatanya tak melambangkan ia seorang ibu tunggal yang sering dipandang serong..Ibu tunggal juga asalnya seorang gadis perawan..yang juga tahu menjaga maruah dan kehormatan diri..Hanya di tinggalkan atau minta ditinggalkan oleh si suami,status bertukar...adakah disebabkan itu si ibu tunggal bertukar perangai dan kelakuan juga..? Tak dinafikan mungkin ada sesetengah ibu tunggal yang bertindak mengikut perasaan diluar jangkauan ..akan tetapi masih ramai ibu tunggal yang masih berpegang pada prinsip agama Allah SWT ..Ibu tunggal manusia biasa..inginkan kehidupan bahagia dunia dan akhirat juga...
setuju!!!
ReplyDelete110% setuju...heheh
ReplyDelete