04 January 2011

:: Tak Terduga ::

Luvly Diaries..

Ingat tak korang pada entry yang lepas aku ingin bagitau apa yang kejadian mengejutkan..?? Memang minggu lepas takder mood nak update entry...Dulu orang tu selalu bertanya kalau tak update entry.. Orang yang rajin menjenguk blog aku yang tak seberapa ini...Sekarang..aku tidak tahu...adakah masih menjenguk blog ini..??

Selama ini dirinya menyepi..entah di mana...Tergerak hati untuk mencari...Tuhan berpihak padaku...Alhamdulillah..Aku menjumpai di satu web alam maya..Baru aku tahu dia ada satu web alam maya itu...Biler aku membaca apa yang dia post...Ada satu ayat yang amat menyakitkan...Macam bukan diri dia yang aku kenali selama ini..Kini barulah ku tahu mengapa semua ini terjadi..Things happened unexpectedly...

Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dengan sekelip mata..Tanpa kita sedari terbang melayang begitu sahaja tatkala tangan ingin menggenggam dengan pantas..Terkadang..kita selalu terlupa bahawa setiap kali kita merasakan satu tekanan yang teramat kuat mendatangi hidup kita...rupa-rupanya ada kemanisan disebalik tekanan tersebut...Kemanisan itu datang apabila kita mampu buat membuat diri sendiri belajar menjadi seorang yang tenang ketika berkata-kata dan berjaya mengenepikan emosi untuk seketika...Dan ketika ini..aku merasakan kemanisan walaupun melalui saat tegangnya sebuah kehidupan..Terima kasih wahai emosi kerana tidak menjadi gila secara tiba-tiba ketika berkata walaupun perkataan yang terhambur keluar merupakan perkataan paling berat dalam hidup untuk diceritakan...Terima kasih pada diri kerana berjaya bertindak waras sekalipun meletakkan sesal jauh dihujung nyawa...Terima kasih pada hati kerana masih hidup dan tidak mati...

Dan yang paling penting di antara semua yang aku pelajari hari ini ialah.. benar bahawa kuasa Allah mengatasi segalanya..Aku juga memperakui benar bahawa hanya Allah sahaja yang mengizinkan sesuatu perkara itu untuk berlaku...Aku semakin kukuh menyakini bahawa di dalam hidup ini, hanya bergantung kepada Allah sahaja...Aku juga tak gentar kerana bahawasanya dalam setiap apa yang aku lakukan aku hanya takut kepada Allah...

Kecewa..?? Ini keputusan yang aku buat adalah terbaik..I'll let go as you wish...i'll back off so you can live better...If Allah send you to me ..there's a reason for that..and if fate has it for you to end things with us there's a reason for that too...I'll respect and accept what is happening..

Aku sebenarnya tak tersangka bahawa akhirnya aku telah melepaskan si dia daripada hati aku dengan sendirinya..Memendam duka walaupun luarannya aku bersikap biasa..Entahlah..adakah aku ini sekadar sisa-sisa atau sekadar hanya cuma sementara baginya...

Sekalipun dibangkitkan kemudian hari..aku tidak punya sesal di atas apa yang telah aku katakan dan aku sekali lagi menadah tangan ke hadrat ilahi mengucapkan syukur kerana aku mempunyai ruang yang selesa untuk ketawa dan merasai bahagia..Sekurang-kurangnya aku belajar erti sebuah kehidupan...

Yang pasti, selagi ada perkara yang boleh berubah untuk lagi baik..aku akan cuba untuk jadi yang terbaik..I'm happy to know you but i really hope u happy with ur life and i hope ur find your true love.. :)


:: tiada lagi teman untuk berbicara ::

No comments:

Post a Comment