21 January 2011

:: TRILOGI CINTA ::

Luvly Diaries...

Novel Tak Seindah Mimpi..Tak Semanis Impian..Tiada Lagi Mimpi.. Ketiga tiga novel ini penulis dia adalah Sharifah Abu Salem..Salah satu penulis yang amat aku suka...Kebanyakan novel-novel beliau semua aku dah baca..termasuk 3 novel nie...

Dulu..bila aku membaca novel-novel Sharifah Abu Salem..termasuklah novel lain-lain.. selalu berkata pada diri...bestnya kalau novel-novel beliau nie di layarkan ker tv..buat drama bersiri...Sebabnya, penulisan beliau amatlah meruntunkan jiwa bila membaca..menjiwai watak..macam kita berada dalam cerita tu...kata baca novel..haruslah berangan jugak...ahaks..

Kini angan-anganku menjadi kenyataan...cewwaaahhh..!! TRILOGI CINTA ..Itulah nama cerita yang di adaptasikan dari ketiga-tiga novel digabungkan menjadi satu cerita..Drama 40 episod ini di siarkan di TV1 Ahad, Isnin dan Selasa..Haruslah aku time-time nie melangok depan tv..tak boleh tertinggalan cerita nie...Takder siaran ulangan..lainlah kalau ASTRO kan..Pemilihan pelakon pula memang kena dengan watak..Rosyam Noor sebagai Razif..Amyza Adnan sebagai Salmi...Fauziah Ghouse sebagai Norjinah..Novelis ini bertindak jugak sebagai penulis skrip...Penerbit dia tak lain tak bukan..Rosyam Noor sendiri...Abg Rosyam suker erk buat cerita dari novel..?? Sebab aderlah 2 3 citer dia dari dari novel gak...

Drama ini mengisahkan pergolakan rumah tangga antara Razif dan isterinya Salmi..Isterinya menduakan kasih dengan Amir..Ditakdirkan,Salmi kemalangan dalam satu pergaduhan dan lumpuh..Razif yang masih menyayangi isterinya,rela merujuk semula demi anak-anaknya mereka Amira dan Balkis...

Norjinah, yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke university disebabkan kemiskinan keluarga menjadi orang gaji di rumah Razif..Dia menjaga Salmi dengan baik dan mengasihi Amira dan Balkis..Dalam diam, Badrul..adik Salmi jatuh hati pada gadis itu..Namun, Norjinah tidak bersedia menerima hasrat suci pemuda itu..

Lama kelamaan,anak-anak Razif lebih mesra dengan Norjinah berbanding ibu mereka..Salmi mula cemburu dan sering bergaduh dengan Razif disebabkan Norjinah..Akhirnya, gadis malang itu melarikan diri..

Sejak itu, Amira dan Balkis sering sakit..Akhirnya Salmi sedar akan kesilapannya dan menyuruh Razif membawa Norjinah pulang ke rumah mereka..Bagi menebus dosa-dosanya selama ini, Salmi bersedia menerima orang gajinya sebagai madunya..

Razif yang pada mulanya menolak cadangan Salmi akhirnya menerima Norjinah sebagai isterinya..Bagaimanapun pelbagai konflik dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Norjinah setelah menjadi isteri kedua...

Asas dari tiga novel itu sama jalan ceritanya dengan drama ini cuma berbeza penonton dapat melihat dan rasakan emosinya secara visual...BETUL..! tu lah yang aku rasakan biler menonton citer nie..Biarlah orang nak anggap aku apa..menonton drama melayu..Aku..benda yang aku minat sangat..Memang aku minat gila2...Lagi-lagi cerita yang di adaptasi dari novel..Memang tak melepaskan peluang...

Ini di antara ketiga-tiga novel...


Tak Seindah Mimpi


:: Tak Semanis Impian ::


:: Tiada Lagi Mimpi ::

notakakitangan : Nak baca balik novel2 nie...lalalala

No comments:

Post a Comment