Luvly Diaries...
Nie lagi satu citer yang aku tunggu-tunggukan.. yang akan bermain di pawagam..iaitu OMBAK RINDU...Aku ingat lagi when i first bought that novel..ehh...chup2...bukan aku beli...novel nie salah pemberian dari seseorang..ada sorang yang bergelar kakak nie bagi kat aku..maner erk kakak nie skarang..dah lost contact ngan dier...kalo tak selalu sangat aku dapat novel free dari dier...ahaks..
Back to topic...Selepas filem Lagenda Budak Setan berjaya mencapai sasarannya di pawagam..novel seterusnya yang mengikut jejak adalah karya Fauziah Ashari iaitu OMBAK RINDU...
Novel Ombak Rindu tersangatlah best dan tersangatlah sedih..biler baca feeling abih sambil mengeluarkan air mata bila membacanya..Kalau bleh the whole day and night utk khatamkan novel tu..tapi aku baca lambat nak abih..sebabnya aku baca sambil menghayati..hahaha...saper yang tunggu turn nak baca novel memang bengang la kalo dapat kat aku...hahaha...
Bila aku dengar the novel turned to a movie memang sangatlah teruja okaayyy...Lagi-lagi tau lead roles adalah pujaan hati aku ..Aaron Aziz memang super duper sesuai menjadi watak Hariz...rasa macam nak pengsan..!! And expecting the best from Maya Karin as Izzah and Lisa Surihani as Mila (at first i thought the roles were given vice versa )..
Novel Ombak Rindu mengisahkan Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian kedua orang tuanya akibat kemalangan jalan raya..Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah..Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga...
Pakcik Taha banyak berhutang..Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam..Izzah terpaksa mengikut kehendak bapak saudaranya walaupun hatinya tidak rela..
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz..Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu..Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan satu syarat semuanya mesti dirahsiakan..
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz...Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya...?? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain...?? Bagaimanakah tindakan Dato Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya...??
For those yang tak baca lagi novel nie..segeralah ke kedai buku untuk mencari...Tapi baca yang first jerla..sambungan dia tak berapa best sebab melalut sangat...Hope dorang takyahbuat sequel...hehe..Anyway dorang abih shooting ..can't wait till the movie hit the cinema..!! I'll be the first lining up to buy the tickets..hahaha..Layan sorang2 pun best gak cam aku layan Lagenda Budak Setan..hahaha
Apapun, diharapkan filem adaptasi novel bukan sajer bergantung pada peminat novel semata-mata...biarlah ceritanya digarap dengan baik demi kepuasan penonton..biar kita berdiri bersama dengan filem adaptasi novel di Indonesia dan negara-negara lain...
rinduku umpama ombak rindu yang tak terhenti
Kasihmu bagai pantai yang sentiasa menanti...
No comments:
Post a Comment