03 June 2011

:: Penangan SETH TAN ::

Luvly Diaries..

Aku rasa pompuan-pompuan sekarang tepat pukul 7.00 malam sure mengadap depan tv kan..termasuklah aku..hahaha..Sebab apa..?? Penangan SETAN..EH..SETH TAN..Saper SETH TAN...?? Meh sini aku citer..SETH TAN nie di lakonkan oleh Aaron Aziz dalam cerita NORA ELENA..

SETH TAN ( Aaron Aziz ) telah berkawin dengan NORA ELENA (Siti Saleha) kerana tunang Nora telah memutuskan pertunangan mereka kerana mengetahui bahawa Nora sudah "ditebuk tupai" ..Jadi Seth yg memang dari dulu suka dengan Nora telah menggantikan tempat tunang Nora Elena..Walaubagaimanapun, Nora langsung tidak menyintai Seth walaupun Nora berkawan baik dengan adik Seth sewaktu di kampung dahulu..Berbagai cara Seth lakukan untuk menawan hati isterinya..Setelah berjaya menakhluki isterinya dan mengandung ..baru Nora Elena tahu bahawa Seth yang merogolnya dahulu..

Cerita nie berdasarkan dari novel tahun 2008 bertajuk KASIH YANG SUCI oleh Meen Zulaika..Aku rasa sekarang nie ramai akan mencari novel tu..termasuklah aku nak beli novel tu..hehe..dan di pasarkan balik atas permintaan ramai..Lepas nie laku lah novel KASIH YANG SUCI macam mana laku yer novel LAGENDA BUDAK SETAN..hehe..Confirm sold out jer la nanti..Aku kalau cerita dari novel memang aku layan..dah banyak dah cerita yang di adaptasikan dari novel..

Yang menjadi kekacauan perempuan-perempuan sekarang nie adalah bukan Nora Elena tapi Seth Tan..Masing-masing dengan penuh emosi meluahkan apa yang dorang rasa ketika menonton drama tersebut setiap kali ada scene Nora dan Seth..lagi-lagi mak aku kalau tengok tv ..memang emosi tak ingat punyer..siap dier cakap.. Ada ker suami sekarang macam si SETH TAN..??!! termasuklah lah aku..hahaha..

Sure korang impikan suami seperti Seth Tan tu kan..Come on nie cerita jer kot..as for me,sepatutnya kita amik mana yang baik dalam cerita tu..You as a husband or wife kenalah sama-sama perbaiki diri dengan tengok cerita tu..tengok macam mana Seth layan Nora..Bukanlah nak sampai camtu kan but at least tengoklah tahap kesabaran Seth tu macamana nak dapatkan wife dia..

And korang kena tau,Nora Elena tak cintakan Seth..So,Seth akan buat apa saja untuk dapatkan Nora,isterinya..Korang pun sama kot akan buat macam tu juga untuk dapatkan wife korang sekarang..Sebelum kawen ..beli bunga tak pasal-pasal..sms 2-3 pagi pun sanggup..Walau jauh macamana korang tetap juga pergi jumpa gf korang...Betul kan..??

Yang bezanya,Seth dah kawen baru bercinta..Kita semua lainlah..Sebelum kawen dah bercinta macam nak putus nyawa bila dah kawen semua entah ke mana..Aku rasa,memang semua orang akan buat mcm tu kalau situasi Seth..Bini kot,bukan girlfriend..!Macam tu lah kot bila bercinta lepas kawen nie...Itu bezanya..

Mungkin korang rasa tak wujud sebab korang tak pernah rasa macam tu atau boyfriend/husband korang suam-suam kuku jer..Ramai juga lelaki-lelaki yang emosi kata Seth tu melampaulah layan wife dia camtu..dayuslah..Kesian sebab sepatutnya korang contohi dia..bukan pegi kondem..Lagipun,yg korang buat tu utk wife korang kot..

Bagi aku,banyak benda yang aku pelajari dalam cerita nie..Baru terbuka luas apa perasaan seorang lelaki dan apa yang seseorang lelaki nak daru isterinya..Terlalu banyak pengajaran dalam cerita nie yang patut kita ambil

Aaron Aziz pun berkata sendiri di Tweet :
I am nothing like #Seth Tan honestly..And I sometimes wonder ada ke that kind of gentleman..?

Aku rasa patut korang baca novel nie ..Setahu aku,dalam buku nie banyak ayat-ayat yang best..hehe..dan ada cerita pasal agama tentang suami dan isteri sebab Seth bukan islam jadi ada banyak soal-soal suami isteri ada dalam tu..



Walaubagaimanapun,dalam kehidupan kita sentiasalah berfikiran positif dan ambil yang mana patut kita contohi sebab kita tak rugi walau sikit pun..Sentiasa perbaiki diri demi pasangan masing-masing..Kita bukan nak hidup setahun dua,kalau boleh biarlah mati yang pisahkan kita..Hidup kita hari-hari adalah tentang pembelajaran..Belajar dengan apa yang jadi disekeliling kita dan jadikan tauladan..




No comments:

Post a Comment