18 January 2012

:: Kali Kedua ::

Luvly Diaries..

Ada banyak peristiwa yang berlaku dalam masa yang singkat. Banyak benda yang berlaku..tanpa di sangka-sangka kan..dan banyak benda yang belajar tentang hidup...


Melihat ke belakang bukan bermaksud kalah atau mundur,tapi lihat semula apa yang telah dilalui serta belajar sesuatu daripadanya. 

Dia datang ketika tengah berduka..ketika aku sunyi dalam gembira.. Apakah ujian ini datang untuk menguji aku sebagai manusia. Pertemuan kami tanpa di atur dan di sangkakan..

Aku tidak tahu bagaimana hubungan kali kedua bermula. Dia yang aku kenali dulu kini banyak berubah..


Tiba-tiba sahaja kami kembali bersama seperti suatu ketika yang pernah kami lalui dahulu. Hubungan yang ada perasaan cinta dan sayang yang selama ini telah berkubur..dan kini berputik kembali.. Dia mengetuk pintu hati aku tanpa aku sedari hingga aku mengizinkannya. Mungkin perasaan cinta dan sayang aku terhadapnya masih menebal..


Semenjak dia hadir dalam hidup aku kembali, aku terasa bahagia..bahagia yang telah lama di tinggalkan.. Perasaan aku..?? tak tau lah nak cakap macam mana. Macam-macam perasaan ada. Tapi, perasaan bahagia itu telah mewarnai kehidupan aku kini.

Cukuplah aku kata kan yang aku gembira sekarang. Dengan kesabaran dan ketabahan ku..Tuhan telah memberikannya..ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah..syukur..











1 comment: