Luvly Diaries...
Wanita..
Bukan senang untuk menjadi seorang wanita..
Bak kata perpatah "berat mata memandang ..berat lagi bahu yang memikul...
Ia memerlukan ketabahan, kesabaran dan keyakinan diri..
Tanpa itu semua tidak mungkin kita akan jadi wanita yang cukup sempurna..
Wanita..
Ia merangkumi semua..
Anak perempuan kepada kedua orang tua..isteri kepada suami
Dan juga ibu kepada anak-anak..
Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik
Kami semua belajar dari kecil hinggalah sekarang untuk menjadi wanita yang paling istimewa
Dari kecil kami belajar menjadi seorang anak yang menghormati kedua orang tua
Bila sudah bergelar seorang isteri..
Kami belajar untuk menjadi isteri yang dapat membahagiakan suaminya..
Dan bila kami mendapat gelaran seorang ibu..
Kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah melengkapkan kehidupan kami..
Untuk menjadi seorang ibu sekaligus menjadi isteri memang tugasan
yang sentiasa menguji keimanan dan ketabahan kami..
Tapi kerana wanita itu terkenal dengan sifat sabar dan lemah lembutnya maka
semua tugasan itu dapat diharungi dengan penuh keyakinan dan redha..
Wanita..
Semoga hari ini dan hari yang seterusnya kita semua akan sentiasa
dikenali dengan sifat-sifat sederhana yang sememangnya sudah abadi dalam diri kita..
Bagi lelaki yang bergelar suami dan juga ayah..
Diharapkan cinta dan kasih sayang kamu semua kepada kami yang bergelar
wanita ini akan sentiasa hidup subur untuk
hari ini..kini dan selamanya...
Selamat Hari Wanita Sedunia...!!!
No comments:
Post a Comment