23 April 2010

::Bagaimana Melupakan::


Luvly Diaries..

Aku ada baca satu artikel nie iaitu Suzana Ghazali seorang Motivation dan Perunding Psikologi Keluarga..Tajuknya ialah "BAGAIMANA MELUPAKAN.."

Ingatan manusia bukanlah seperti disket computer yang sesenang hati boleh di "delete"dan anda tak mungkin memperolehi maklumat tersebut lagi..Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak anda ingini di dalam hidup..anda pasti ingin melupakannya..jika boleh,anda ingin memadamnya dari ingatan anda seolah-olah ianya tidak pernah berlaku..Namun,yang menjadi masalahnya ialah, apabila anda berusaha untuk melupakannya..ianya semakin melekat di ingatan anda,betul kan..?*ader betul jugak nie..*

Kenapakah ini boleh terjadi..?Berusaha melupakan ianya makin membuatkan anda ingati perkara yang ingin dilupakan itu..??Jika anda amati..sikap anda yang beusaha untuk melupakan itu sebenarnya adalah satu aktiviti mengingati perkara itu secara tidak anda sedar..Kenapa..??
Apabila anda melupakan sesuatu..anda akan fikirkan mengenai perkara tersebut..Apabila memikirkan tentang perkara itu secara tidak langsung anda masih mengingati dan kerana itulah juga,anda sukar untuk melupakan sebaliknya anda makin ingat perkara yang ingin dilupakan itu..

Cara terbaik untuk mengingati adalah redha dengan segala yang telah terjadi..Semua itu adalah kehendak takdir..Percayalah,pasti ada hikmah di sebalik semua yang telah berlaku..Jangan paksa diri anda untuk melupakan perkara tersebut sebaliknya teruskan hidupanda seperti biasa..Biarkan semua itu berlalu dengan sendirinya..Sibukkan diri anda dengan sesuatu yang mampu mengalih fikiran anda daripada memikirkan tentang perkara itu..Sebagai contoh,ada orang yang dapat melupakan segala kekalutan hidupnya apabila menumpukan perhatian kepada kerjaya..*nie ler yang aku buat skarang..* Mungkin pada mulanya agak sukar tetapi anda perlu berusaha untuk mengalihkan perhatian anda daripada memikirkan perkara tersebut kepada memikirkan perkara lain...

Setiap daripada kita mempunyai daya kekuatan ingatan yang tersendiri dan paling penting,kita perlu mampu menguasai pemikiran kita..Jangan biarkan anda dikuasai oleh pemikiran anda..Percayalah jika anda berjaya menguasai pemikiran anda,andalah insan yang berjaya membentuk hidup anda..

Jika anda berusaha untuk menumpukan pemikiran anda kepada hidup anda hari ini dan akan datang..secara anda tidak sedari anda telah dapat melupakan perkara yang ingin anda lupakan itu..Memang sukar melupakan sesuatu itu terus..Selagi masih ada hayat..apa sahaja yang berlaku di dalam hidup,pasti kita tidak dapat lupakannya terus..Namun, anda pasti dapat melupakannya seketika..Apabila anda meneruskan hidup seperti biasa,sibukkan diri anda dengan perkara-perkara lain seperti kerjaya atau pembelajaran anda,anda tidak akan memikirkan perkara yang tidak ingin anda kenang itu..Itulah namanya melupakan seketika..

Apabila anda telah berjaya melupakan seketika,bila tiba masanya anda mengenang semula perkara tersebut..anda akan rasa betapa hikmahnya perkara tersebut berlaku..Paling penting juga jangan jadikan perkara yang telah anda lupakan seketika itu sebagai perkara baru..

Setiap manusia pernah melakukan kesalahan kerana kita manusia yang serba kekurangan..Ingatlah, anda akan perolehi apa yang anda inginkan..Keinginan anda adalah apa yang anda fikirkan..Jangan lupa berdoa moga Allah memudahkan segalanya..Bersedia untuk menerima apa jua ujian kerana hidup kita sememangnya satu medan peperiksaan..Bersedia juga untuk menerima apa jua halangan kerana hidup kita sememangnya satu medan perjuangan..Anda percaya semua ini..anda akan hidup bahagia dan tenang walau apa jua masalah mendatang..Insyallah...





No comments:

Post a Comment