24 April 2010

::Hatiku Tersentuh Lagi..::

Luvly Diaries..

Pada malam khamis aritu adalah peristiwa yang menyedihkan sampai menyusuk jiwa aku..Sedang aku tengah layan tv ngan anak-anak aku ..tiba-tiba..

Tiba-tiba icky tanyer dekat aku..Mummy,naper daddy tak duduk sekali dengan kita..?? Kan daddy dah kahwin dengan Mummy,naper daddy tak kawan dengan Mummy..?? Kawan-kawan icky semua ada Daddy ngan Mummy..Icky sorang jer ader Mummy..sian Mummy sorang-sorang..Sambil mengalir airmata dia bertanya..Aduuhh..secara tiba-tiba dada rasa sebak..naper tiba-tiba dia boleh tanya soalan macam tu..??Macam-macam persoalan yang timbul dari mulut comel tu...Sekarang ni dah pandai bertanya macam-macam..So,aku explain satu persatu..macam maner aku nak menjawab nie..

Aku akui agak susah terutama apabila nak menjawab persoalan anak-anak..Aku menjawabnya dengan berhati-hati..Icky, Mummy dengan Daddy dah tak boleh duduk sama-sama...Ickykan ader Mummy..then dia menjawab..Icky nak duduk Mummy ngan Daddy sekali..Icky kan ader jugak Mummy ngan Daddy macam kawan-kawan Icky,tapi tak duduk sama jerr...taknak sedih-sedih ok..Mummy kan ader..Tiba-tiba aku terdengar suara tangisan...rupa-rupanya biena pulak yang nangis..lagi sorang nangis lagi..nasib baik aku boleh bertahan...aku taknak tunjuk kesedihan kat anak2..tu janji aku kat diri nie..

Aku bertanyer la dekat biena kenapa menangis..??Biena sedih adik cakap camtu...Biena pun rasa macam mana adik rasa...Arrgghh..!!Aku rasa cam down sekejap..Ya Allah..Aku beristighfar sekejap..Terpaksa lah aku pujuk kedua-duanya...

Aku menerima realiti bahawa aku kini perlu meneruskan hidup bersama anak-anak..Ini ujian yang aku terima..mungkin untuk aku lebih jelas tentang keperitan yang perlu di tanggung oleh seorang ibu tunggal..

Banyakkan bersabar dan berdoa..apa yang aku lalui dan terpaksa hadapi adalah ujian hidup sebagai tanda kasih sayangNya kepada aku dan anak-anak..

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati...
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya.."



No comments:

Post a Comment