10 June 2010

~25 tahun dulu aku membaca...kini aku menontonkannya..!!~

Luvly Diaries..


Balik keje semalam aku pergi ke Pyramid...buat per..??Aku pergi tengok "Lagenda Budak Setan.."Aku pergi layan sorang-sorang..haha..best per layan sorang-sorang..rugi la tak tengok novel yang aku baca 25 tahun yang lalu,main kat wayang..sanggup lah tengok sorang-sorang..hahaha..Aku masuk awal ke pawagam...aku tengok ramai gak penonton..Telahan aku tepat..Yang datang kebanyakkan adalah yang berkeluarga..tapi tidak lah tua maner..Ada sorang dua yang masih kecik....Dorang nie aku yakin masa sekolahnya membesar dengan novel Ahadiat Akasha..So,biler filem nie kuar,diorang dah berumahtangga..termasuklah aku..hehe..

Golongan anak muda yang bercouple-couple juga tak kurang ramainya..Aku tak yakin dorang dah baca novel Lagenda Budak Setan..Sesekali akuperasan ader gak geng-geng lelaki yang masuk..Ini confirm geng yang minat Lisa Suriati..

Absolutly love this movie..i cried almost every part..The saddest parts are when Kasyah tells Sue that he couldnt stop loving Ayu and he is still in love with her even though she totally forgot about him and her past..i guess that prove the true love never end..no matter what happends..I like this song...and ada satu yang membuatkan aku teringat kisah silamku...

Lisa Suriati memang layak memegang watak Ayu..Dalam Lagenda Budak Setan,Lisa sangatlah ayu menjadi Ayu yang digilai Kasyah..Aku rasa bukan Kasyah jer yang tergilakan Ayu/Lisa..Tetapi lelaki normal pasti cair jugak..hahaha..

Yer memang aku fanatik ngan novel2 nie..tak tertinggalan novel2 Ahadiat Akasha..Memandangkan aku dh bacer novel Lagenda Budak Setan nie aku rasa skit lari dari novel...Tapi ader yang spoil dan ader yang tak spoil..

Part yang sedih tak banyak..then banyak watak yang takder..maner iskandar (Abang Kasyah)..? Iskandar orang penting dalam hidup Kasyah..

Paling mengecewakan ialah Kasya tidak sesetan di dalam novel..Dan ini ada kaitan dengan perubahan cerita..Dalam novel Kasyah nakal ketika di sekolah..Tetapi di dalam filem cubaan Kasyah menjadi setan di university tak menjadi..Yelah..kenakalan di sekolah tidak sama dengan di university..Bila kenakalan di sekolah macam taruk cicak,bagi surat cinta tu dilakonkan dalam konteks university dah jadi lain..Malah remeh sangat...Bagi aku nie kegagalan paling terbesar di dalam filem ini..Bagi mereka tak baca novel pasti berasa hairan apakah setannya Kasyah nie..?

Bagaimanapun..plot cerita cerita seterusnya di mana Kasyah pergi sambung belajar..Ayu kawen dengan Azmi..Ayu accident then menjadi Emilia..Katerina muncul menceriakan Kasyah dan Ayu meninggal ketika melahirkan anak digarap dengan baik..Sure kita tidak boleh nak expert semua benda yang ada dalam novel diselitkan pada setiap babak..

Yang tak bestnya ialah..just nak cakap director tak sepatutnya ambil mudah benda-benda kecik..Contoh kat college takkan panggil cikgu then siap kasi greeting selamat pagi lagi...haha..walaupun aku tk penah belajar kat university..tapi aku tau skit2..sure dorang panggil prof. kan..huhu

Memang diakui lagu dia sedap..tapi takkan nak berulang-ulang kali..Barisan pelakon pun..u've to admit hanya beberapa orang jer oleh bawak watak dengan berkesan...

Banyak perlu diperbaiki..I'm sure mesti ader reader yang bersetuju apa yang aku cakap nie..i'm not the only person yang rasa filem ini agak mengecewakan..Harap-harap sangat next sequel dorang buat betul-betul...

Ada ramai yang mempertikaikan cerita Lagenda Budak Setan adalah cerita cinta yang klise..Beritahu aku filem melayu mana yang watak perempuannya hancur, kena tukar muka kemudiannya hilang ingatan..?Setahu aku juga tidak ada filem melayu yang heroinnya dipegang 2 orang pelakon..dan aku sangat yakin mereka yang tidak baca novel pasti tidak menjangka kesudahan filem ini berakhir dengan Ayu mati..Bagi aku pertikaian-pertikaian ini timbul pastilah kerana sekadar membaca sinopsis novel jer..let alone menonton filemnya...

Ketika filem ini tiba di penghujungnya..watak Kasyah sebagai pencinta sejati mula terserlah..Dengan bermacam dugaan dari dikecewakan Ayu,Ayu lupa ingatan hinggalah Ayu meninggal dunia..Kasyah tetap berpegang pada cintanya..Inilah dia "killer" di dalam novel Lagenda Budak Setan" di mana "setan" menjadi pencinta setia..Aku rasa sentimen ini dirasai oleh kebanyakan penonton..Kalau ada aspek yang menyelamatkan filem ini tidak lain dan tidak bukan ianya adalah penderitaan Kasyah..

Selepas menonton LBS..aku tersenyum kegembiraan..Macam tidak percaya novel yang aku gilai ketika zaman persekolahan sudah diangkat ke layar perak...Kasyah dan Ayu yang selama ini berdasarkan imaginasi akuelah dilakonkan oleh Farid Kamil dan Lisa Suriati..Kalau dulu tidak ader lagu tema,kini LBS sudah ader punyai lagu "Bila Cinta"...

Terima kasih bebanyak AHADIAT AKASYAH kerana memenuhi impian semua fans LBS yang ingin melihat filem ini...biarpun banyak part sedih yang kurang di tonjolkan at least dapat gak tengok citer kt layar perak..maybe filem nie tak sebagus novel tapi janganlah terlalu high expectation sangat..mereka dah cuba yang terbaik..bukan mudah nak buat sebuah filem..harap episode KATRINA dan LAGENDA BERAKHIR..part yang sedih tu janganlah banyak ditinggalkan..

Beginilah perjalanan Lagenda Budak Setan..Aku amat yakin Katrina bakal menyusul..!!

FARID KAMIL dalam cerita LBS sangatlah chummelll..!!!!!!






No comments:

Post a Comment