28 September 2010

:: maGika ::

Luvly Diaries..

Dapat ticket free tengok citer MAGIKA..?? Yeaahhh..!! ticket free babe..saper yang taknak...rugilah kalau tak pegikan...Abg ipar aku yang dapat ticket tu..Mulanya adik aku yang amik ticket tu..dier tak dapat nak pegi pulak...Coz wife adik aku lambat balik..so akulah yang pergi...

Aku nak pegi dengan saper erk...ader lagi 2 ticket free nie..tetiba terlintas dalam pikiran aku nie..aku ajak member nie..saper lagi si Zetty ler...aku dier jer yang free time tu...hahaha...before ko flight abiskan masa ngan aku...nanti ko dah nak pergi south afrika dah...

"MAGIKA" asasnya banyak menggabungkan hampir kebanyakkan mitos atau cerita dogeng dalam komuniti melayu..Magika juga berbentuk filem muzikal..

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecik merata tempat sesuka hati..Teringat aku waktu kecik-kecik dulu...mak aku selalu cakap..jangan main waktu senja...nanti kena sorok dengan hantu...haha..Citer nie juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang,cinta dan pengorbanan...

Cerita ini mengisahkahkan dua beradik yang mengharungi hari hari suram selepas kematian ibu mereka...Malik (Fimie Don) merasa tertekan dan menyalahkan diri sendiri atas kematian ibunya..Suatu petang, Malik bergaduh dengan kakaknya, Ayu ( Diana Dianelle ) dan membawa diri ke hutan..Tanpa di sangka sangka, Malik tersesat di hutan dan dia berada di dimensi lain yang di namakan "MAGIKA"....

Setelah terdengar jeritan Malik meminta tolong, Ayu segera mencari Malik, tetapi beliau turut terperangkap dalam dunia "MAGIKA"..Masalah bertambah rumit kerana Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan lakonan Ziana Zain a.k.a Nenek Kebayan Vogue..hahaha...Dan pengikutnya Awang Kenit...Malik digunakan sebagai bahan eksperimen oleh Nenek Kebayan untuk menghasilkan wangian dari tangisan kanak-kanak...

Ayu terpaksa menghadapi banyak cabaran dan halangan dalam misi mencari dan menyelamatkan adiknya di "MAGIKA"..Semasa pengembaraan di MAGIKA, beliau terjumpa dengan watak-watak dalam lagenda Melayu seperti Puteri Bunian..Dalam satu babak tu..semua orang bunian rupa sama iaitu rupa Maya Karin...Badang ( Mawi ), Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Pak Pandir, Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Mahsuri, Batu Belah Batu Bertangkup..Bagaimanapu Ayu bernasib baik kerana bertemu dengan Badang yang sudi membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu...




No comments:

Post a Comment