30 September 2010

:: Tanpaku Sedar Sudah 2 Tahun Berlalu ::


Luvly Diaries..

Tanpa aku sedar 22.9.2010 yang lalu sudah 2 tahun aku bergelar " single mother.. "semalam aku baru tersedar..dah beberapa hari yang lepas..

Sekilas memandang 2 tahun berlalu......

Setahun yang lalu..waktu ini adalah hari yang amat terluka...
Seakan diri tidak berpijak dibumi...
terbang melayang tanpa mengerti apakah perasaan sebenar..

Bingung fikiran bercelaru..
hati dan perasaan yang bercampur baur..
hidup dalm dunia sendiri...

Walaupun remuk dihati..
diri bertahan dari tumpahnya airmata..
melawan perasaan untuk mengusir mendung yang berarak laju..

Setahun yang lalu...kedukaan menerjah saat ini...
usahlah lagi aku memandang kebelakang dulu...
kerana kini kuntum senyuman mula mekar...
mula mewangi mengganti yang telah layu..
ibarat yang layu itu sudah lerai menjadi bumi...

Sujud syukurku pada yang Esa..
mengatur semua perjalanan itu..
kerana pengalaman itu menjadi pelajaran yang sangat beerti..
menjadi diri lebih bijak dan semakin matang mengatur hidup...



No comments:

Post a Comment