06 October 2010

:: Adakah Anda Bahagia Bersama Dia ::

Luvly Diaries...




Adakah anda bahagia bersama dia..?? Jika ya maka teruskanlah hubungan anda dan kekalkan kebahagiaan itu..Atau adakah hari-hari yang anda lalui bersama dia dipenuhi dengan tangisan..??Jika ya maka tinggalkanlah cinta itu sebab cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati...Sedarlah...jika cinta anda sekarang hanya mengundang airmata ia bakal berterusan jika anda berkahwin dengan dia sekali pun...Jangan mengharapkan si dia akan berubah setelah berkahwin...Hakikatnya ramai yang masih dengan perangai lama walaupun setelah berkahwindan ramai juga yang menjadi semakin teruk setelah berkahwin...



Untuk yang masih mencari...

Pastikan bila anda jatuh cinta anda tidak hanya bertepuk sebelah tangan agar anda tidak merana menanti cinta yang tidak kesampaian...Usahlah terlalu memuja dan mengejar cinta jika si dia terang terangan menolak kerana jika akhirnya si dia menerima kamu,hanyalah semata mata kerana dia sudah penat untuk melarikan diri dan bukanlah kerana rela atau cinta sejati...Cinta sepatutnya membahagiakan bukan buat kita merana....



Untuk yang telah pun jatuh cinta

Terimalah cinta itu dengan hati yang lapang dan nikmatilah cinta itu
sementara ia masih ada...

No comments:

Post a Comment