07 October 2010

:: C.I.N.T.A ::

Luvly Diaries....

Pengalaman cinta lalu yang telah jauh kita tinggalkan...
Sesekali lihatlah semula dan nilaikan kembali...Kerana sesungguhnya pengalaman cinta lalu
umpama sebuah ensiklopedia yang sangat berharga kepada diri kita...
Yang pahit jadikan pengajaran...yang manis pastikan kita sentiasa mengamalkannya dalam setiap episod
cinta kita di masa hadapan..Bila cinta beraja di hati kita sanggup berkorban segalanya demi kerana CINTA..
Maka maruah dan harga diri digadaikan sebagai jaminan kepada kelangsungan
sebuah hubungan...
Diketika itu berakhirlah satu ikatan cinta nan suci anugerah Ilahi dibayangi
oleh satu hubungan baru yang diwarnai dengan noda-noda dosa yang keji dan penuh
kepuraan semata-mata...

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat
untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk
menjadi cinta terakhirnya...
CINTA ibarat air...Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan
ia akan menjadi ombak yang akan megumbang ambingkan hidup kita..
Jika ia ibarat air di kutub utara selatan maka ia akan
menjadi ketulan ais yang membekukan kita..jika ia ibarat air sungai
yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara...
jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah...jika ia ibarat
air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya...
Maka jenis air manakah yang kita inginkan...
Carilah mata air yang suci lagi murni...walaupun keluar sedikit demi sedikit
tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita
dengan sekali teguk sahaja...

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan CINTA tapi dapatkah hatinya setia pada kita..??
Manusia tidak dapat lari dari bercinta..
kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap...
Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima
cinta itu atau tidak...

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya..
Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka...
Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak
dari lamunan...
Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa
kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan...

Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan
tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggunghati orang lain
kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka
kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka...

Biarlah kita menguasai cinta,
jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa
sekali pun teramat pedih,
luka dan sengsara...







No comments:

Post a Comment