23 November 2010

:: Dugaan Hidup ::

Luvly Diaries..

Sebak biler aku baca satu artikel tentang perceraian sorang Motivation Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syariah nie...terlampau banyak dugaan hidup dia hadapi..Aku pernah laluinya bagaimana dia melaluinya... cerita kami lebih kurang sama..Masing-masing ada cerita disebaliknya..

HIDUP...Memang susah...every person has their own stories..different from the others..Hidup aku mungkin sekarang bahagia..Tapi, siapa tahu aku akan di duga lagi...Hidup kau mungkin macam dalam novel Alaf21,Kaki Novel...Banyak rintangan dan halangan..tapi mungkin penghujungnya kau bahagia..Aku selalu berangan bila membaca novel..alangkah bahagianya kalau aku hidup cerita-cerita dalam novel nie...macam dalam cerita fairy tales like happily ever after...Yer,aku tahu ramai orang sekeliling kita tak senang bila kita happy..Hasat dengki..Macam-macamlah...

Tak kisahlah bukan niat nak menjatuhkan..Berbalik pada tajuk...Bukan bertujuan mengungkit kenangan pun..setiap yang bernama kenangan adalah sesuatu yang manis walau tika kenangan tersebut sebagai realiti..ia adalah satu peristiwa yang amat pahit...Kembali mengimbas detik2 yang pernah lalui hanya untuk lebih menyedarkan aku bagaimana aku bermula...Malah,mengingati kisah2 lampau bukan juga nak menghina dan memalukan diri sendiri sebab sebagai manusia biasa aku juga tak lepas daripada ujian dan aku yakin DIA uji aku sekadar kemampuan aku sendri..Setiap detik dan setiap saat kita berkemungkinan berdepan dengan pelbagai ujian..Bezanya ada tikanya kita terlupa kita sedang diuji..

Aku bersyukur sangat sebab dalam usia sekarang bergelar seorang ibu,mempunyai 2 cahaya mata penyejuk hati walau ada ketikanya membuat darah aku membuak2..hehehe...

Tahun hadapan, hampir 3 tahun aku bergelar ibu tunggal setelah usaha aku mempertahankan perkahwinan tidak diizinkan lagi olehNya...Suami isteri dan perkahwinan ibarat mengemudi sebuah kapal..Jika seorang asyik menebuk dan hanya seorang berusaha menampal,kapal takkan sampai ke arah tujuan..

Nie aku amik salah petikan di dalam artikel tu;

Perkahwinan bukan hanya kasih sayang tetapi amanah dan tanggungjawab..Tanggungjawab suami menjadi hak isteri,tanggungjawab isteri adalah hak suami...

Mengapa aku bercerita tentang semua nie..? Sebab aku tak bimbang...terpulanglah kepada korang semua untuk menilai aku...Tapi tak perlulah aku bercerita secara terperinci..cukuplah sekadar cerita pendek..Alhamdulillah aku masih mampu mengajar anak-anak aku untuk menghormati Daddy dorang...walaupun sebaliknya...Dan aku sentiasa berdoa agar bekas suami akan menjadi manusia yang bertanggungjawab..bukan untuk aku.tetapi untuk anak-anak..

Kepada mereka yang sedang sakit dengan ujian..berusahalah mencari jalan penyelesaian dan paling penting jangan lupa berdoa mintak yang terbaik daripadaNya..Ujian bukan untuk melemahkan kita sebaliknya untuk kita terima sesuatu yang lebih berharga..Paling penting, jangan patah semangat.. *untuk seseorang kalau dia membaca*

Perkongsian ikhlas dari aku..bukan untuk menjatuhkan harga diri sendiri tetapi sebagai penyuntik semangat buat diri sendiri agar terus tabah juga buat orang lain...Bersyukurlah dengan ujian yang perlu kita hadapi sebab ada orang lain yang lebih teruk ujiannya berbanding yang terpaksa kita tempuhinya...

Kata-kata salah seorang sahabat...

Adakala hidup seindah biasa...
adakala hidup menguji kita..
tapi..berkat kesabaran dan kekuatan inilah yang melahirkan
hikmah daripadanya sekalipun terdapat kekurangannya..
tanpa "dia" hidup sebagai "Miss J" tidak semudah yang disangka..
luaran nampak ceria seperti tiada apa-apa..
hati di dalam hanya Allah lebih mengetahui..
perlu menjaga hati orang sekeliling melebihi hati sendiri..
Ya Allah permudahkanlah kami untuk menjalani hidup ini..
Amin...







No comments:

Post a Comment