01 July 2011

::Adakah Kisah Dongeng Akan Berakhir Dengan Kisah Yang Manis..??::

Luvly Diaries...

Kadang-kadang aku terfikir..hidup aku dari dulu tak pernah mudah..Sentiasa penuh dengan cabaran dan dugaan..Ada masa-masanya aku berjaya hadapi segala cabaran tapi ada juga masa-masanya aku kalah dengan dugaan..Terpesong dan silap..Mungkin agaknya mengikut kata hati..

Lelaki pula penuh dengan janji dan harapan.Semakin mengenali aku..semakin banyak pula harapan..Tapi apa yang  aku ada hanyalah sebuah kisah silam yang seram..Sebuah kisah yang sudah hampir aku padam dari hidup aku..Tinggal parut yang memang tidak boleh hilang untuk selama-lamanya..

Adakah lelaki yang boleh mencintai aku dengan seadanya..?? Lelaki yang benar-benar ikhlas tanpa mengungkit kisah silam..Aku dah penat..penat sangat...

Ada tak lelaki yang boleh mencintai seseorang wanita seadanya dia..?? Atau hanyalah sesuatu yang mustahil..?? Umpama sebuah cerita dogeng..??

Tapi,sekarang nie aku dah jumpa seseorang yang memahami diri aku..terima aku seadanya diri ini..yang tak pernah mengungkit kisah silam aku...

Dan aku takkan mengaku kalah dengan dugaan yang diberi kepada diri ini..percayalah dugaan yang di beri kerana tuhan sayang pada diri kita..setiap yang hidup ada pasangannya masing-masing seperti malam dan siang..langit dan bumi..kanan dan kiri..dan banyak lagi..jadi janganlah mengaku kalah dengan dugaan..terimalah dugaan dengan redha dan bersabar...Insyallah KEBAHAGIAAN menanti diri ini..

Percayalah setiap cerita dogeng itu akan menjadi kisah manis..Apa yang mampu aku berhias hanyalah hati yang ikhlas..dan untuk si dia yang sudi...




No comments:

Post a Comment