27 July 2011

Doa Untuk Kekasih

Luvly Diaries..

Ya Rabbul Ariffin
Tuhanku,seandainya telah kau takdirkan 
dia milikku..tercipta buatku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Tetapkanlah kemesraan antara kami 
Agar kebahagiaan ini kekal abadi..

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku 
Seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini..
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luput dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati 
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya 
ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus 
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku 
Kupohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padamu...

Ya Allah jika dia jodohku..Kau permudahkanlah
Dan jika bukan..kau jauhkanlah dia dariku..
Dan jika perasaan ini ..menyayanginya keranamu
Kau bantulah kami..
Dan jika ianya kerana nafsu semata..
Kau jauhkanlah ia dari kami...



No comments:

Post a Comment