20 October 2011

: Berbaiklah Dengan IBU MERTUA Anda :

Luvly Diaries..

IBU MERTUA..? Dengar pun ngerikan..Seraaamm..Sana sini kita dengar orang tak serasi dengan ibu mertua..Malah sejak daripada dahulu pun kita sudah disogokkan dengan cerita IBU MERTUAKU yang menyayat hati tu..Ia seperti telah menjadi satu keseraman pula pada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada kita kaum perempuan..Kononnya, ibu mertua ini garang orangnya..Sangat demanding,sangat cerewet,sangatlah sensitive, sangat keras hati..macam-macam sangatlah..!

Kenapa ibu mertua sangat digeruni..Padahal dia seorang manusia..Bukan hanya seorang manusia, dia adalah seorang wanita yang sangat istimewa sebenarnya..Kerana ibu mertua kitalah wanita yang paling penting dalam hidup suami kita..Dialah yang melahirkan suami kita..Yang membesarkan suami kita..yang mendidik suami kita sampailah suami kita berjaya menjadi ideal dambaan kita..Aauww~~!! Yang buat kita termimpi-mimpi..Yang buat kita jatuh cinta...Yang buat kita berangan untuk hidup dengannya..

Ya,wanita inilah..!

Oleh itu kenapa perlu digeruni..?

Konflik antara kita sebagai menantu dengan ibu mertua timbul kerana banyak perkara..One of reasons adalah kerana ibu mertua hendak kita se-perfect dia, dan kita pula rasa cara kita dah cukup bagus..Kita selalu fikir cara kita sudah cukup bagus..Kita selalu fikir cara kita layan suami , masakkan suami dan jaga suami sudah yang terbaik, tetapi ibu mertua selalu comment itu ini..Itu yang membuatkan kita rasa jauh hati dan dia pula rasa tidak puas hati...


Ini terjadi kerana kita rasa kita sebagai isteri kita kenal suami kita..Kita tahu suami kita ok..suami kita gembira,suami kita bahagia..Apa tidaknya,kita yang hidup dengannya..Makan sepinggan,tidur sebantal..Masakan kita tidak tahu..Dan masakan kita tidak lakukan yang terbaik untuk suami..Tetapi ibu mertua pula fikir, No,aku yang lahirkan dia..Aku yang besarkan dia..Aku yang sekolahkan dia..!Tengok muka dia pun aku tahu dia ada masalah..Apa dalam hati dia, dia belum cakap pun aku dah tau!


Wow...!Ibu mertua ada sixth sense lah..!!hahaha..


So, disini datangnya konfliknya..Dan haruslah kita  sebgai isteri, yang baru beberapa tahun cuma hidup dengan suami,kalah jauh..Yelah suami sudah 25 tahun hidup di bawh ketiak ibu dia *sebagai contoh*..Hidup dengan kita baru beberapa tahun..Apalah yang kita tahu tentang suami kalau hendak dibandingkan dengan ibunya..?


Because of this,kita sebagai menantu dianggap sebagai orang baru di dalam keluarga..Serba serbi tak tahu..Kena belajar cara hidup mereka..Kena belajar  ragam mereka..Banyak sebenarnya yang perlu dipelajari..Tentang ibu mertua, bapa mertua,ipar duai..I also face the exact same thing...Macam aku dulu, adik beradik ex di besarkan di dalam keluarga yang sangat mementingkan rasa hormat..adik beradik yang semua sengal-sengal belaka..hahaha..miss u all~~!! but bila jumpa saudara mara masing-masing suara kuat gila volume level 10 sampai jiran sebelah boleh dengar,memang tak memeranjatkan..sebab family aku pun camtu..Sangatlah meriah..


Apabila sudah masuk ke dalam family,haus banyak yang kita belajar dan tahu..Orang bilang,apabila kita kawen dengan orang tu..kita juga berkahwin dengan keluarganya..Like it or not,buruk atau baik,kita harus hadapi sehingga ke akhir hayat..


Berbalik pada soalan..How to be a good daughter in law even though kita tidak disukai oleh ibu mertua..?Like i said..ibu mertua adalah wanita yang penting dan istimewa dalam hidup suami..Sebanyak mana kita sayang ibu kita sendiri,begitu jugalah kita perlu sayang pada ibu mertua kita..Therefore,apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mengambil hati ibu mertua dengan sedapatnya..


Kalau pandai masak,rajin-rajin masakkan ibu mertua masakan kegemarannya..Kalau tidak pandai sangat, rajin-rajin bantu ibu mertua di dapur..This is what I do..sebab aku nie bukan nya pandai sangat masak..skit-skit jer :D..I always see the kitchen as the best place to socialize with your mother in law..Lebih senang berbual ketika memasak..Kalau ada apa-apa yang tidak pandai boleh belajar daripadanya..Dan kalau anda tunjukkan kesungguhan untuk belajar, mak mertua kan bersenang hati keran anda boleh masakkan anak lelakinya makanan kegemarannya pula..!Now,adalah 2 3 resepi yang aku dapat dari ibu mertua..esspecially baked macaroni..!!sangat sedap okaayyy..!!


Selain membantu ibu mertua di dapur, ambil hati dengan meringankan tulang ketika berada di rumah mertua..Like me, itu yang aku buat dulu ketika tinggal bersama dengan mertua..Walau macam mana malas ko tu kan..at least menolong serba sedikit..dah berbunga hati ibu mertua tu..mesti dalam hati rajin betul menantu aku nie..cewahhh~~!!


Selain membantu sedikit lebih kurang di rumah, u all make a point to get her something every time go to her place..Kalau menjelang raya, belikan kain, belikan kuih raya..Pada hari lahir belikan cake..atau kalau tidak ada apa-apa, just ajak keluar eat out at the place of her preference..nie memang selalu aku buat..hehe..Mak jom lepak coffee beans..!favourite place my mother in law..Mother in law also need a break from cooking, kan? So belanja makan di restoran kegemarannya is something that you can do to please her.


Besides that,always be in your best behavior when you are with her..Kalau di rumah kaki bangun lambat dan jenis mandi sehari sekali, di rumah mertua silalah bangun awal dan jadi isteri mithali..jika kau pemalas di rumah..jadilah rajin di rumah mertua.. ya..!hehe..Bukan untuk hipokrit, but just to convinceher that you are a great wife and mother..Sebab kalau terbawa-bawa perangai buruk di rumah itu nanti akan menimbulkan salah faham dan konflik pula..Nanti ibu mertua ingatkan anda tidak jalankan tanggungjawab dengan baik..Padahal sometimes husband tidak kisah pun. Yang ini kita tidak mahu. We do not want a bad impression here.


But the same time, be yourself..Be your friendly, cheerful self who who brings happiness to the family. Kekalkan hubungan yang baik dan rapat dengan saudara mara di sebelah suami juga. Jalinkan hubungan yang baik dengan semua orang. Kalau pun in the end ibu mertua masih tidak suka,anda masih ada backup besar. haha..No lah, at least anda tidak rasa terasing daripada keluarga because you still have others who love and accept you as you are.


I do this all the time. Saya rapat dengan cousins dia. Juga makcik pakcik dia..Semua rapat,boleh duduk lepak berborak berjam-jam..haih..miss this moment..


Hmm..apa lagi ya..? Rasanya itu sajer kot yang selalu aku buat dulu..Lainnya tidak adalah. Mak pun jenis yang tidak cerewet ..semua ok jer  no problem..Kalau banyak problem pun..sometimes boleh share dengan mak..she's a good listener.. 


Pendek kata, in being a good daughter in law. layanlah ibu mertua sebagaimana kita akan melayani ibu kita sendiri. Dengan penuh kasih sayang, cinta dan hormat. Macam mana kita sayang mak kita, sayangilah ibu mertua dengan tidak rasa ada kurang sedikit pun. Yes, there must things that both of you do not agree on, tetapi itu normal. Not having to live with that person, mana boleh serasi dalam sekelip mata. Ada antara kita yang boleh cepat serasi, ada yang tidak boleh serasi sampai bila-bila pun.. Semuanya terpulang kepada ego, kefahaman dan cara kita menanganinya..All of us are different, but i believe if we keep an open heart and mind, Insyallah akan berikan jalannya. Tetapi kedua dua pihak harus diberikan kerjasama..


No matter what it is, walau anda kata ibu mertua tidak suka anda, jangan berkecil hati. Anggaplah orang tua memang begitu. Memang cerewet, memang keras hati..memang sensitive..Tidak ada gunanya kita berkecik hati,berdendam atau rasa tak best..Sebab walau apapun terjadi, dia tetap ibu mertua kita, senang sahaja kita hendak kata, Ah, aku tak suka kau..Blah! Tetapi kalau dengan family,tidak pernah boleh.. 


Relationship dengan ibu mertua pun baik...until now, walaupun tidak ada apa-apa relationship antara anak beliau lagi..tapi antara aku ngan mak mertua still keep it touch..selalu bertanya kabar..sometimes meet up together..Orang ramai berkata, aku nie untung dapat ibu mertua yang baik,sporting..then sampai sekarang pun boleh bersama..


What ever it is, aku harap hubungan korang dengan ibu mertua akan bertambah baik as time passes..Semuanya memerlukan masa dan usaha..Banyakkan berdoa..Insyallah :)






























1 comment:

  1. Thanks for sharing this article here. Moga dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya! :)

    ReplyDelete