17 October 2011

Kisah Obedient Wives Club lagi!

Luvly Diaries


Semuanya menceritakan pasal perempuan. Pasal isteri kena layan suami. Pasal sejauh mana kewajipannya. Sejauh mana kepentingannya. Sejauh mana ia boleh menyumbang kepada kerosakan masyarakat jika diabaikan. Semuanya seolah-olah menyalahkan perempuan. Kononnya the effort should be from us women. Kononnya pasal kita perempuan terlalu sibuk dengan kerja, terlalu penat habiskan kerja rumah, terlalu asyik dengan anak, makanya keperluan suami terabai. Then kononnya juga disebabkan ini suami makan luar. Suami cari orang lain. Suami tidak puas.

Cakaplah kalau terjadi SINI pun masih hendak salahkan wanita? Oh isteri dalam pantang tidak dapat pakai baju seksi, tidak mampu melayan suami seperti pelacur kelas pertama, makanya terjadilah perkara bodoh seperti suami meliwat anak berusia 23 hari. Begitukah?


KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.


I am not all against sex. Tetapi bagi saya seks bukanlah segala-galanya dalam sesebuah perkahwinan. Banyak lagi perkara yang sama penting. Seks mungkin adalah segala-galanya bagi seorang pelacur because she gains from there. Mereka desperate mencari duit daripada cara itu, jadinya mereka all out. Pakai baju sexy. Layanan kelas pertama. Macam kita jugalah, dalam bekerja kita all out, kan? Datang kerja awal setiap hari. Buat kerja dengan baik ikut target / deadline. Berbaik dengan semua colleagues dan bosses. Bekerja dengan cemerlang. Semoga setiap tahun naik gaji dan pangkat. Semoga setiap sen rezeki yang diterima adalah halal semuanya. Begitulah umpamanya.

Namun dalam hidup sebagai seorang isteri, standard kita jauh lebih tinggi daripada seorang pelacur. Kerana kita melakukan seks atas sebab ibadah. Ia sesuatu yang suci. Sesuatu yang wajib. Sesuatu yang membahagiakan. Tetapi satu perkara yang perlu difahami, hidup sebagai seorang isteri sekarang adalah jauh berbeza dengan kehidupan seorang isteri pada waktu dahulu. Dalam keadaan kehidupan yang serba sibuk, serba pantas ini, suami dan isteri masing-masing keluar mencari rezeki. Tugas mencari rezeki tidak hanya dipertanggung jawabkan di atas bahu suami, malah isteri juga. Dan tugas isteri tidak terhenti di situ. Balik rumah, kerja rumah yang pelbagai menanti. Anak menanti. Kalau tugas seorang suami berakhir apabila dia tidur pada waktu malam, tugas isteri masih tidak habis. Entah berapa kali pula dia harus bangun menengokkan anak yang merengek, menangis atau perlukan apa-apa.

And it does not only stop there. Ada pelbagai masalah lain. Masalah period. Masalah kesuburan. Kalau dapat anak cepat atau rapat-rapat kena tegur. Kalau dapat anak lambat pun kena tegur juga. Kalau lelaki berjaya menghamilkan isteri, apa yang mereka dapat? Pujian tinggi melangit! Hebatlah kau, bro! Sharp shooter weh! Tahniah tahniah!

T_T

Dalam kesaratan mengandung, dalam membuyung membawa perut, wanita masih lagi gagah drive sendiri ke office. Melayan segala apa kerja yang mencabar fizikal dan minda. Balik kerja, rutin harian tetap sama, tidak ada apa yang berubah. Yang berubah hanya pertambahan perkara lain seperti morning sickness. Sakit pinggang. Migraine! Haha sila gelakkan saya.

Then selesai mengandung 9 bulan, bersalin pula. Siapa bilang bersalin tidak sakit angkat tangan! Siapa bilang berpantang best gila angkat tangan! Pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh kaum perempuan, bertarung antara hidup dan mati sampaikan kalau meninggal dunia sewaktu melahirkan dikira syahid! Subhanallah besar sungguh rasa pengasih dan penyayang Allah! Namun segala rasa sukar, rasa susah, air mata itu bertukar dengan rasa kebahagiaan yang tidak terhingga apabila dapat melahirkan seorang zuriat buat suami tersayang. Hilang segala penat lelah mengandung 9 bulan. Terlupa sudah semuanya.

Yang ada hanya rasa cinta. Cinta yang tidak bersempadan. Dan air mata kesyukuran yang tidak terhingga.

Tetapi ada juga lelaki bodoh yang tidak fikirkan semua ini, hanya fikirkan seks semata-mata sampaikan apabila isteri dalam pantang, boleh pula meliwat anak yang berusia 23 hari!

Pfft!

I am speechless!

Then masih hendak salahkan perempuan ke? Tell me? Masih hendak salahkan perempuan ke? Aku marahlah ini, kan?

I do not mind if sex is sooooooo important to husbands, tetapi berilah sedikit keadilan kepada wanita. Kalau hendakkan seorang isteri melayan kamu seperti pelacur kelas pertama, give her space. Give her room. Let her rest. Give her a maid, if possible! So that she can save her energy for you, every day every night pun boleh. :P

Then sila sediakan bilik yang selesa. Ada air-conditioner. Belikan cadar satin yang cantik itu, siap dengan comforter! Penuhkan almarinya dengan baju sexy pilihan kamu sendiri, dan tag lah setiap baju dengan nama hari, Monday to Sunday supaya isteri kamu boleh pakai mengikut kesukaan kamu setiap kali.

Belikan isteri shampoo dan bath foam yang disukai, siap dengan moisturizing lotion, deodorant dan perfume yang wangi gila supaya isteri dapat mewangikan diri apabila bertemu kamu. Belikan dia sikat yang bagus. Hair dryer. Towel yang baik. Make up yang cantik. Barulah boleh dapat isteri secantik bidadari.

Dan sentiasalah layani isteri dengan baik sepanjang masa. Walau di mana sahaja berada. Peluklah isteri selalu. Ciumlah isteri selalu. Panggillah dengan nama panggilan yang baik. Be romantic.

Ini baru betul. Sekarang ini, apa pun tidak ada, hendak salahkan perempuan! Pfft.

Sudahlah paksa isteri bekerja, tolong kamu cari rezeki. Balik rumah suruh dia masak pula. Lepas itu jaga anak. Lepas itu layan kamu. Lepas itu apabila kamu tidur, bukannya dia tidur pun. Isteri kamu akan terus jaga anak sampai pagi, ok!

Bilik panas. Cadar berlapuk. Baju sexy tidak pernah belikan. Sabun mandi brand May, kalau gosok berjam pun susah gila hendak keluar bubble. Hendak kasi perfume sebagai birthday present setahun sekali pun tidak mampu. Lepas itu, di luar hendak marah-marah, dalam bilik baru hendak bermanis muka.

Jangan beranganlah, weh!

Bukan saya hendak kata apa, tetapi sebelum salahkan orang lain, sila salahkan diri sendiri dahulu. Lelaki ini nama sahaja tanggung jawab terletak di atas bahunya, tetapi berapa ramai sahaja lelaki yang benar-benar menunaikan setiap tanggung jawabnya, lahir dan batin. Dengan ramai wives yang bekerja sekarang, banyak kita dengar cerita suami ambil mudah bahagian tanggung jawab ini.

To me, everything should start from the husband. Kita perempuan sudah banyak berkorban, sudah banyak bekerja keras. Sudah banyak ambil sikap tidak kisah, tidak minta banyak. Semuanya mengikut kemampuan suami. Kalau betul seks itu penting sangat bagi suami, then all out lah, barulah wives boleh all out juga, kan? Macam kalau masak untuk kamu itu penting bagi kami, kami all out masakkan kamu every single day walau sepenat mana pun.

Fair and square lah, kan.

I do not understand how statements like that diutarakan oleh seorang wanita untuk kaum wanita.

Dalam hal perkahwinan dan rumah tangga, semua benda kena give and take. Like I said in my previous entries, yang penting adalah rasa cinta. Rasa hormat. Kesabaran. Dan saling memahami. Itu yang paling penting. Jangan taksub begini. Taksub pasal seks lah, apalah. Lebih-lebih lagi dalam rumah tangga yang serba baru seperti kita ini, baru beberapa tahun cuma. Financial masih belum teguh. Kehidupan baru hendak bermula. So melangkahlah setapak demi setapak.

Dan bagi yang sudah lama berumah tangga seperti orang-orang kuat Obedient Wives Club itu, berilah tunjuk ajar yang baik kepada kami. Jangan asyik cerita tentang seks semata-mata. Sudah rasa semacam Ustaz Sauki dalam series Tahajjud Cinta pula. Haha. Tengok, Seri yang tidak disuruh bekerja, rumah atas pokok, bilik cantik gila pun tidak tahan hendak lari juga, kan? Apatah lagi kita yang bertungkus lumus, bersengkang mata ensuring everything is under control and in order.

Ok lah panjang pula tazkirah hari ini. Nanti dorang panggil jadi penceramah tetap Obedient Wives Club pula. HAHA.

Aku amik entry dari SIS HANNA ..Sharing is caring...Citer nie benar-benar terjadi di sekeliling kita ..bukan rekaan semata-mata..dan dari pengalaman aku...

No comments:

Post a Comment