12 February 2010

::Hargainya Sebelum Ia Tiada::


Luvly Diaries..

Panggilan ayah, papa, abah, abi, daddy ..semua sama jerr..iaitu seorang insan bernama lelaki..Yang lahirkan kita di dunia ini..iaitu ayah dan ibu..tanpa mereka siapalah kita ini...

Kalau kamu kehilangan teman..ianya tidak terlalu mengusik perasaan kerana kamu boleh padam sahaja namanya dari memori atau dari atas kertas...Kamu kehilangan ayah..manakan mungkin untuk kamu padam apa sahaja tentang lelaki bernama ayah..Kamu telah di bin atau di bintikan dengan nama ayah Kemana kamu pergi..kamu akan bawa nama kamu bersama nama ayah kamu..Kamu telah diberikan kasih sayang dan dibesarkan oleh ayah..Namun, tak semua mendapat kasih sayang ayah.. Ada yang mempunyai ayah yang tidak tahu memberikan kasih sayang...Tapi pokok pangkalnya..siapa kamu tanpa ayah..Begitu juga,siapa kamu tanpa ibu..

Kehilangan ayah..satu perkara yang sangat besar dalam hidup, kan..? Ia,aku juga kehilangan ayah..sudah lama mengadap ilahi..sudah hampir 5 tahun aku kehilangannya..Seperti yang telah termaktub,soal roh dan kehidupan..semua urusan Allah..Aku menyanjungi jasanya yang terlalu agung buatku...Tak terdaya aku membalas jasanya dan tak dapat membalas jasanya di dunia ini..

Tidak lama lagi ulang tahun abahku pada 15hb Februari..Aku masih mengingatinya walaupun ia sudah tiada di dunia ini...Aku doakan semoga rohmu dicucuri rahmat ilahi..semoga roh abah di tempatkan di kalangan orang-orang yang di kasihi Allah dan tenang di sana...Al-fatihah..

Jadi,untuk sekiankalinya..seperti yang pernah aku katakan sebelum ini..sayangilah dan hargailah ayah..dan ibu kamu... kerana adalah pembuka kehidupan buat kamu... Kamu tidak akan tahu bagaimana perasaan seorang ibu atau ayah..selagi kamu belum menjadi seperti mereka..

Untuk rakan2 seperjuangan kehidupan yang masih punya ayah ibu..berikanlah mereka kasih sayang kehujungnya..Untuk yang sudah tiada..usah ratapi..Hanya doa yang mampu menembusi tembok pemisah semua...

Abaahh...orang riinndu kt abah sangat2..

No comments:

Post a Comment