04 February 2010

~ Ku Tak Mampu Untuk Terbang~


Luvly Diaries..

Sedu sadan masih belum reda,hujan batu menimpa..Sesekali kau akan terangguk namun berkali2 kau akan menggeleng.Rembesan yang akan kau sedaya upaya tahan tak mungkin hanya mampu diseka dengan jemari..

Apakah itu esak tangis..?

Hati meronta berkata..akhiri segalanya..Hati juga memberOntak berbisik..kuatkah kau menanggung beban sakitnya nanti..?Sekelip mata kepala laju digeleng..Belum kuat..bisik hati bersama deruan nafas esak tangis..

Harus apa yang aku redah di hari esok..Tak perlu berfikir untuk jangka masa yang panjang..cukup dengan hanya berfikir tentang hari esok...Harus bagaimana..??Bergenang,berlinangan lagi ia turun..Sengaja dibiarkan..Andai dikesat maka makin laju tumpahnya..

Terkelip2 memandang ruang sempit..sesempit otak yang semakin mengecut..Cuba bersoal jawab dengan hati sendiri..Berkata benar masih ditempelak..Harus setinggi everestkah tahap kesabaran didada..??Supaya ledakan amarah dan benteng kesabaran tidak hancur..Ia gugur lagi setitis menyembah bumi..

Termangu aku ..Aku kuat..??Argghh..kenapa aku tak cukup kuat..Aku sudah menjadi manusia paling lemah...Rebah dan sering kali tersungkur..Tiada lagi kekuatan untuk angkuh bertebaran tinggi di langit..lari dari semua mata dan jiwa manusia..Ego..!!

Bila dihempap dengan selonggok musibah..aku hanya mampu menggagahkan diri untuk merangkak..Cuba membuka sayap untuk terbang namun tiada hasil..Lalu dipandang sayu sayap nan indah..Ia sudah koyak rabak terseret musibah..Takkan mampu lagi untuk terbang riang..

Sedari diri tidak lagi mampu terbang walau hanya setinggi kunang,aku terduduk menyembah bumi..Malu..Lantas meraung sekuat hati..Inilah musibah yang sudah pandai mencari kelemahan diri..Seluruh urat nadi seakan berdenyut longlai...Menanti saat untuk terhenti di akhir cerita..

Ujian apakah melanda hidup..??Ditambah dengan sakit di dada dek buatan orang..Apa yang sedang bermain dengan takdir hidup...?? Denyutan berdetak laju..Semakin lemah segala urat saraf ..Mahu menyembah bumi..Lalu ia gugur lagi tanpa henti...

Kau semestinya sedang bergembira kerana mampu buat wanita ini terseksa...

we all the wings..sOme of us just don't know its existence...)'=


2 comments: