10 December 2010

Luvly Diaries...

Walaupun hakikatnya ada air mata yang sedang dikawal di tubir empangan...Tabahkan hati..benda ini semua ujian...Mana ada saat manis akan tetap utuh bertahan..?? Ukir senyuman..

Tidak..kau tidak akan lihat air mata aku tumpah lagi kerana kau...Kalau terpaksa sekalipun..aku akan pinjam belakang sesiapa...Peluk erat dan lepaskan segalanya...Sambil mengadu,sambil meluahkan segalanya...Air mata mengalir..aku akan ketawa..Ketawa sebab aku kalah..Selalunya begitu..Sebab aku tak pandai atur bicara...

Aku sebenarnya mahu jujur ini..Sudah penat mahu buat orang lain tersenyum..tapi aku yang sakit sendirian...Tapi tidak mengapa agaknya..Selagi mampu,selagi itu kena kuat,bukan..?

Ahh..Aku cuma mahu kenal erti bahagia..Aku cuma mahu kenal apa itu erti bahagia..Aku cuma mahu kenal apa itu gembira..Bukanlah sukar sebenarnya,cuma ia bukannya mudah..Senyum..tarik nafas lega..Semangat itu lebih penting bukan,vyda..??

Pergi kau...pergi dengan kebahagiaan yang kau ciptakan...jangan ganggu aku...mengapa mesti ada yang ingin merampas kebahagiaan aku dan anak-anak..?? Aku cuma ada anak-anak..lainlah kalau kau..Walaupun macam mana keadaan sekali pun..aku tetap menjaga anak-anak aku...Hanya itu yang aku ada....



No comments:

Post a Comment